Monday, November 2, 2009

Ulasan Tembakau Peterson Luxury Blend


Peterson Luxury Blend merupakan tembakau pertama yang saya beli sewaktu saya mula-mula menghisap pipe. Pada mulanya saya tertarik dengan perkataan Luxury yang tertera pada tin tembakau itu tetapi selepas dua kali mengisi bowl pipe jenis Savinelli Panama saya, jelas terasa sesuatu yang berbeza pada tembakau itu sendiri kerana ianya memiliki tekstur-tekstur yang menarik.
Blender yang bertangungjawab untuk tembakau ini ialah Murray & Sons Pte Ltd yang sangat tidak asing lagi dalam arena pipe tobacco. Tembakau ini dipotong dengan tidak terlalu halus tetapi 'ribbon style cut' serta tahap kelembapan tembakau ini jelas sekali seimbang dengan tidak terlalu lembab dan terlalu kering. Jenis tembakau yang digunakan ialah Virginia, Black Cavendish and Burley serta diperapkan aroma oren, madu dan vanila. Ianya tidaklah terlalu strong jika ingin dibandingkan dengan English Blends, tetapi boleh diketegorikan sebagai medium mild.
Aspek pembakaran bagi Peterson Luxury Blend adalah tidak terlalu leceh, hanya dua kali pembakaran sahaja, bowl akan terbakar dangan rata dan konsisten.
Rekomendasi saya ialah mesti cuba kerana ini merupakan tembakau yang sangat menarik dan bagi yang bukan pengemar tembakau jenis aromatik, saya rasa anda akan berubah fikiran.

No comments:

Post a Comment