Dah lama juga aku tak post ulasan tembakau, mungkin sekarang aku banyak habiskan masa hisap cigar kot. hehehe.. Banyak sangat tembakau pipe yang aku nak share kat dalam blog ni, tak tau mana nak mulakan, ada tembakau yang bagus, ada yang indah pada nama tapi tak bagus, ada yang langsung tak bagus.
Persoalan di sini, macam mana aku nilaikan bagus tak bagus? Hmm... subjektif punya soalan, kalau tanya budak tadika diorang mesti cakap tembakau semua tak bagus kan.. celaka punya budak.. hahaha..ok ok.. Penialian aku terhadap tembakau adalah bersadarkan aspek karakteristik yang terkandung dalam terbakau itu sendiri. Sama ada mempunyai ciri-ciri yang unik, aspek-aspek yang menarik, serta kadungan ramuan tembakau itu sendiri. Maka, oleh itu aku ingin membuat ulasan terhadap tembakau Davidoff Blue Mixture.
Pertama kali menikmati Davidoff ini seingat aku pada tahun 2007, itu pun kawan aku yang offer untuk rasa, dan pada masa itu, aku masih tidak pandai menilai mahupun menghargai tembakau ini, tetapi yang jelas tembakau ini wangi. Sehingga sekarang aku masih mampu untuk flashback memori aku untuk mengingati aroma Davidoff ini.
Pertemuan aku dengan Davidoff untuk kali kedua kalau tak silap aku pada 2008, dan pada waktu itu aku membeli tembakau ini di Kamelah Aeon Tebrau, sekiranya tak silap harga pada waktu itu Rm 120 untuk 50g (aku pun dah lupa tapi memang tak lari jauh dari harga ni) dan pada waktu itu, aku aku baru sedar yang Davidoff Blue Mixture ini bukan sekadar wangi, tetapi struktur aroma serta hasil pembakarannya sangat hebat serta unik.
Sebelum aku menerangkan dengan lebih lanjut tentang karakteristik Davidoff Blue Mixture, aku akan terangkan dahulu komposisi tambakau yang terkandung. Seperti biasa bagi sebuah tembakau aromatik yang sempurna, gabungan 3 jenis tembakau adalah suatu yang pasti, Burley, Virginia dan Cavendish. Tetapi yang uniknya, Burley ini dipanggang terlebih dahulu untuk meningkatkan lagi aromanya. Black Cavendish pula dipotong dengan saiz yang sedikit lebar serta Virginia dari plug yang dipotong. Kumungkinan, bagi pendapat peribadi saya, mungkin faktor ini mempengaruhi aspek rasa serta aroma yang menarik. Davidoff Blue Mixture melalui prosess pengeringan udara semula jadi (air-cured) dan tembakau ini boleh dikategorikan sebagai mild.
Bagi pendapat aku, tembakau ini sesuai untuk pendatang baru dalam arena pipe kerana ianya mild, aromatik serta kemas dan dalam erti kata lain tembakau ini sangat selesa untuk dihisap, sangat tenang, aroma karamel sangat jelas dan nyata. Selepas membuat pengeringan selama 10 hingga 15 minit, anda akan merasakan aroma kemas and earthiness pada pembakaran awal false light, dan pada true light, Davidoff Blue Mixture betul betul menghasilkan aroma serta rasa yang sangat tenang. Sesuai dinikmati pada waktu pagi selepas sarapan. Ianya tidak terlalu keras dan pembakaran tembakau ini pada pipe korang sangat rata sekiranya korang mengeringkan tembakau ini terlebih dahulu..
Rekomendasi aku, tembakau ini harus dicuba, harus ada dalam peti simpanan korang, harus ada setiap hari kerana ianya sebuah ramuan tembakau yang terbaik bagi penggemer tembakau jenis mild.
Iqbal, terima kasih banyak2 untuk review-review pipe tobacco yang ko post ni...sangat membantu! lagi satu, boleh add widget blog follower tu? senang nak follow blog ko nanti...alang2 tu tambah widget recent comments sekali ok? thanks!
ReplyDeletesalam bro..sorry nak tanya sikit.lama gak confuse ni.ade certain blend yg 'dimaturedkan' dalam liquor,sort of.so just nak tanya lah kalau ade blend yg camtu,halal ke?sebab aku tgk certain people cm main lenjan je..ke camne?hope boleh terangkan sket.yela tuk orang yang concern pasal ni..
ReplyDeleteTerima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah wawasan.
Gema Parfum
Parfum Davidoff.
----------
leh wt group pipe smoker ni..
ReplyDeleteleh wt group pipe smoker ni..
ReplyDelete