Tuesday, September 28, 2010
Padron Family Reserve No. 45
Padron Family Reserva No. 45
Sesuatu yang unik mengenai Padron ialah pada struktur daunnya yang kering serta keras. Mungkin pada mulanya, bagi pendatang baru kepada jenama Padron akan meragui stuktur asal cigar ini sama ada ia dikilangkan pada keadaan sebegini ataupun teknik pelembapan humidor yang tidak betul. Akan tetapi, perbezaan Padron ini yang menjadikan rasanya yang unik serta mengandungi pelbagai perwatakan dalam setiap hembusan.
Jenama yang tidak asing lagi, Padron adalah antara pengeluar terbaik didunia yang berasal daripada Nicaragua, selain daripada Joya de Nicaragua dan pengeluar-pengeluar lain di Nicaragua. Struktur cigar ini lebih kepada full-bodied, dimana rasanya adalah sedikit keras and kuat. Adalah diketahui disini bahawa Padron Family Reserve No. 45 mengunakan seco dan ligero bagi ramuan blend fillernya and ligero untuk binder serta wrapper. Atas sebab ini maka tekstur cigar ini amat kompleks serta keras. Berdasarkan keadaan geografi Nicaragua dan komposisi tanahnya, tidak hairanlah daun tembakau daripada Padron memiliki ciri-ciri unik, tambahan pula daun tembakau ini melaui proses fermentasi yang ketat selama 10 tahun bagi miningkatkan rasanya.
Saya berpeluang untuk menikmati Padron pada beberapa minggu lepas, secara jujurnya ianya terlalu keras untuk saya kerana pada pembakaran awal saya dapat mengesan ligero yang pekat serta kuat. Akan tetapi, walaupun pada awalan pembakaran terlalu keras hasil daripada blendnya yang mengandungi ligero, tetapi pelbagai karakteristik wujud seiring dengan setiap hembusan, dapat dikesan disini ciri-cici creamy, spicy, nutty serta earthty. Pelabagai ciri karakteristik dalam setiap hembusan membuakan saya sangat tertarik sambil memahami struktur binder cigar ini.
Padron Family Reserva No. 45 bersaiz toro vitola (6" x 53 gauge) adalah sangat selesa ditangan. Reka bentuk asal parejo tidak perlu dihiraukan. Diingatkan disini bahawa jangan memoting cigar anda dengan V shape cutter atau cigar puncher tetapi gunakan cutter jenis guillotine ataupun gunting cigar kerana pada bahagian head cigar akan menakungkan kesan tar serta nikotine yang akan menyebabkan rasa istemewa Padron ini hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks 4 sharing..
ReplyDelete