Monday, October 4, 2010

Susahnya Menjadi Seorang Smoker Part 1


Bila sebut sahaja pasal tembakau dan produk-produk seangkatan denganya, pasti wujud satu aura negatif dikalangan golongan-golongan bukan smoker di mana-mana sahaja di serata pelusuk dunia ini. Mereka terus condemm habis-habisan tanpa sebarang keraguan. Kenapa? Menjejaskan kesihatan? Bahaya pada jantung dan paru-paru? Satu pembaziran? Bukan trend lagi?

Tipu sekiranya aku mengatakan disini bahawa para smokers tidak mengetahui akan bahaya tembakau. Bohong besar sekiranya aku mengatakan yang produk-produk tembakau tidak langsung memberikan sebarang kesan negatif kepada kesihatan. Kalau begitu, kenapa masih banyak lagi orang yang menghisap rokok? pipe? ataupun cigar? Kenapa masih lagi ada golongan hardcore yang tidak mahu berhenti?

Modal insan atau dalam terma Inggerisnya 'Human Capital' adalah sangat penting untuk sesebuah negara, kerana modal insanlah yang menggerakkan negara dalam aspek sosial serta ekonomi, maka oleh yang demikian, kerajaan-kerajaan serta pemerintah di kebanyakan dunia maju mengimposkan cukai tembakau kepada rakyatnya, dan cukai itu akan terus aprisiasi.

Hari ini adalah hari rasmi bagi kenaikan baru harga rokok di Malaysia. Bagi yang menghisap rokok seperti Dunhill, Marlboro, Mild Seven atau yang seangkatan dengannya, harga rasmi adalah sebanyak RM10 sebungkus dan bagi Lucky Strike dan Camel pula adalah sebanyak RM10.40. Suatu anjakan harga yang drastik jika diimbau kembali harga rokok pada setuluh tahun yang lepas. Aku lebih gemar memberikan terma hiperinflasi (hyperinflation) tembakau dalam konteks ini.

Tidak diketahui pula disini sama ada cukai tembakau pipe dan cigar mengalami kenaikan yang sama tetapi situasi ini jarang berlaku kerana objektif sasaran utama adalah pada rokok kerana rokok merupakan produk yang senang dibeli oleh golongan bawah umur.

Bila difikir kembali, tujuan pengekangan penjualan rokok kepada pengguna bawah umur adalah sangat wajar kerana mereka tidak sepatutnya MEROKOK. Sungguh hipokrit sekiranya aku tidak menyatakan disini yang pada zaman persekolahan dahulu aku jaga adalah seorang perokok. Dan pada usia sebegitu, aku tidak langsung memahami apakah logiknya pengekangan golongan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat terhadap kami yang merokok. Tapi senario ini biasa pada golongan-golongan bawah umur kerana mereka masih lagi darah muda dan naif dalam subjek dunia dan subjek tata tertib.

Kenapa susahnya menjadi seorang smoker?

Kenaikan cukai, kawasan-kawasan larangan merokok yang makin bertambah dan sebagainya, dan bagi penghisap pipe dan cigar pula adalah faktor fasiliti peruncit yang terhad, harga yang mahal dan pandangan pelik oleh masyarakat.

Aku telah mengisap rokok sejak usia 13 tahun dan menghisap pipe dan cigar semenjak 4 tahun lepas. Dan disini aku berani mengatakan aku sudah masak dengan senario-senario pandangan masyarakat di negara kita Malaysia.Aku ingin berkongsi sedikit pengalam aku disini agar kita dapat memahami serta membuat penilaian peribadi sendiri. Di sini aku tidak perlu menceritakan tentang pengalaman merokok aku.

Pipe
Setiap kali aku lepak di cafe-cafe semenanjung Malaysia, mesti ada pakcik atau makcik serta golongan brother-brother dan awek-awek yang memandang pelik pada aku. Kenapa? Nak dikata aku hensem, kenapa tak mintak autograph aku ke atau ambil gambar aku? Tembakau kegemaran aku adalah jenis aromatic, jenama seperti Devil's Holiday dan Da Vinci memang produk yang wajib dalam stok harian aku. Kawan-kawan pipe aku kata tembakau ini merupakan 'girls magnet' atau dalam bahasa ibundanya magnet awek. Kenapa? Kerana aroma yang terhasil daripada pembakaran tembakau ini adalah sangat wangi dan distingtive, so, kalau awek-awek terbau aroma ini, maka dengan automatiknya mereka akan tercari-cari gerangan siapakan yang mengeluarkan bau harum sebegitu. (ceh, ayat poyo tul aku ni). Seingat aku, ade aku membuat penerangan terhadap Devil's Holiday di page yang lepas, bagi yang belum membacanya, klik sahaja disini http://msianpiper.blogspot.com/2010/02/ulasan-tembakau-devils-holiday.html . Masalah aku setiap kali aku menghisap pipe di khalayak ramai, mangkuk-mangkuk yang melihat aku memang macam tak pernah tengok orang. Mereka melihat aku dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Aku pun seorang manusia jugak, bukannya binatang dekat zoo yang boleh ditengok-tengok. Apa salahnya tegur aku ke? Belanja minum ke? Mesti aku tak marah, betul tak?

Masalah yang aku hadapi ini bukan hanya aku sahaja yang mengalami, kebanyakan rakan-rakan pipe aku pun menghadapi perkara yang sama, jadi apa yang mereka buat? Buat bodoh je.

Bila aku lepak sorang-sorang sambil baca buku dan melayan pipe aku, kadang-kadang ade jugak mangkuk-mangkuk yang datang kepada aku dengan memberikan teguran yang tidak membina. Ada satu masa tu ada seorang aunty cakap kat aku dangan tanpa memberikan salam, di cakap "boy, why you smoke this thing? not suite you laa, you still young, smoke cigarrette la," Aunty ni betul-betul telah menghilangkan mood aku dengan bercakap denga tona setinggi 400 desible sehinggakan satu cafe boleh dengar. Kalau nak diikutkan prinsip Dragon Ball aku, dah lama aku bagi kame-hame-haaaaa dekat aunty tuu, tapi aku senyum je, apekan daya.
Ini salah satu kesusahan yang aku hadapi daripada masyarakat. Masalah yang aku hadapi dikalangan rakan-rakan pipe pula lebih sakit hati.

Selalu kitorang akan buat gathering di beberapa cafe di kawasan ibu kota, gathering ini selalu diadakan bagi merapatkan kelompok kami yang kecil serta bertukar-tukar pandangan serta informasi. (Tukar pipe tak dapat beb) Pada suatu hari seingat aku di Sunway Pyramid Coffee Bean, pada masa itu Coffee Bean terletak dikawasan luar, boleh smoke disana bukan macam sekarang diorang pindah indoor. So, bila dah gathering, macam biasalah, kitorang pun keluarkanlah pipe-pipe masing masing, tujuan utama ialah untuk menayang. (Biasalah, lelaki mesti nak tayang siapa punya lebih power, betul tak?) Pada hari itu, rakan aku Proffesor Subash sponsor tembakau untuk kitorang rewang. Kalau tak silap aku dia sponsor Davidoff, 3 tin 50g habis clean and clear. Yang aku tak puas hati ialah pada masa aku keluarkan pipe aku, member-member lain tengok aku dengan perasaan pelik bin konfius. Aku pun merasakan pelik kerana aku cuma mengeluarkan pipe Winslow baru aku je, memandangkan ada tembakau baik seperti Davidoff, alang-alang baik aku terus buat break-in pipe ni terus. Salah seorang daripada mereka mencelah dah menegur aku, dia tanya "apsal kau punya pipe pelik sangat? Selalunya ko hisap jenis billiard, semejak bila ko pakai pipe jenis exotic design? Kau tak perasan ke yang orang ramai semua tengah dok pandang ko?" Hampeh! Yang aku tak boleh tahan bila dia cakap "Kau tak perasan ke yang orang ramai sedang dok pandang ko?" Kalau dah 12 orang dewasa lepak dekat Coffee Bean sambil hisap pipe, memang la menjadi perhatian orang ramai, sah-sah member aku ni tak pernah lulus subjek logik kat sekolah. Bukankah sama-sama smoker kena support geng sendiri? bukannya aku hisap pipe air ataupun pipe ekzoz kereta kancil, aku beli mahal tau.

                   Nilah rupa pipe Winslow aku

So ini masalah pertama, yang keduanya pulak diorang ni memang tak belajar sivik, kalau nak hisap pipe mestilah bawak peralatan pipe sekali, asyik-asyik mintak aku pipe cleaner ngan filter. Kalau macam ni selalu aku dah boleh bukak satu kedai jual pipe. Benda basik pun diorang tak amalkan. Nasib baik lighter dengan temper diorang bawak sekali, tapi kadang-kadang mintak orang jugak.

Masalah yang ketiga yang aku memang langsung tak boleh nak angkat apabila para pakcik-pakcik pipe smoker kita gunakan terma-terma yang tersendiri dan mempertahankan terma mereka tanpa mahu menyedari kesilapan mereka. Contohnya seperti bahagian bowl pipe, diorang akan kata 'dapur' dari mana datangya logik dapur itu pun aku tak tahu, bila aku cakap bowl diorang cakap aku ni tak betul, salah dapat ilmu. Kalau setakat stem pipe tu diorang bagi terma 'batang pipe' tu aku masih boleh terima la jugak pasal ade sedikit logiknya, tapi kalau 'dapur' memang aku tak boleh angkat tahap maksima. Aku story kat member aku kat UK yang juga seorang pipe smoker, aku cakap kat dia, "do you know what my Malaysian friends called the pipe bowl? They called it 'the kitchen' Secara rasmi lawak ni jadi joke of the week dekat Gentleman's Pipe Club Essex mid. (tak tau la kalau korang anggap ni tak lawak, kalau tak paham lupakan, la la la) Bukan setakat terma DIY yang diberikan oleh pakcik-pakcik ini, mereka juga mencipta petua-petua untuk pipe.

Ada suatu masa dahulu, aku lepak di Kamelah Aeon Jusco Tebrau sambil menikmati Romeo Y Julietta, tetiba entah macam mana aku boleh 'terbebual' pulak denga pakcik dekat sebelah aku, dengan selamba dia bagi aku petua macam mana nak memaniskan pipe, so, petua pakcik ni ialah dengan menyapukan milo ataupun nescafe sesudah menghisap pipe. Araikian, sekiranya mengamalkan petua ini, maka pipe itu akan terasa seperti minuman kegemaran anda. Aku tak tau nak cakap ape, rasa macam nak hantuk dinding 14 kali dengan kelajuan 120kmh. Mungkin nanti kalau aku dah kawin, aku nak sapukan pipe bowl aku dengan tongkat ali, so tak payah la aku minum selalu (nanti orang ingat aku gila seks). lol. Aduhai pakcik, nak maniskan pipe cuma boleh pakai madu, garam dan alkohol ataupun gunakan pipe sweetener yang dijual di kedai-kedai pipe sahaja. Tang mana bestnya rasa milo semasa hisap pipe, aku masih tak dapat mencari logiknya.

Satu lagi pengalaman aku ialah semasa aku di boutique Davidoff di Starhill, Kuala Lumpur. Tujuan pergi kesana untuk membeli cigar, entah macam mana aku boleh terbebual dengan salah seorang pelanggan disana, seorang Datuk (malas aku nak cakap nama nanti kena ban), sedap-sedap punya berbual pasal produk Davidoff ni, tetiba di keluarkan pipe dia untuk showoff kat aku, (ceh) aku belek punya belek pipe dia pastu aku terperasan yang didalam bowl dia ade sekeping duit syling 5 sen dimana ditengah-tengah duit syiling itu ditebuk satu lubang kecil, (macam mane agaknya dia tebuk? Satu misteri) Aku tanya untuk ape duit syiling ni? Dia dengan selamba cakap untuk filteration. Aduh.. sedih aku dengar. Baik-baik dekat bahagian stem dah ade filter, apsal nak tambah penyakit? Hasil pembakaran tembakau ditambah pula dengan substance syiling tu adalah sangat merbahaya. Aku memang tak pandai subjek kimia, tapi secara logik, memang tak wajar untuk gunakan syiling sebagai penapis tembakau.

Macam-macam perangai dan ragam pipe smoker di Malaysia. Kalau aku nak ceritakan lagi, alamatnya panjang lebarlah page ni.. nanti korang pun bosan. Kadang-kadang senario ini sangat melucukan dan kadang-kadang menyakitkan hati. Nasihat aku untuk para pipe smoker yang baru join dalam arena ini,korang jangan memandai-memandai dalam segala aspek, kalau tak tau, pergi belajar kat internet ataupun tanya kat aku, mesti aku tolong jawabkan segala kemusykilan korang, kalau tak tau macam mane nak email aku, korang tanya la dekat kedai tempat korang beli pipe, diorang mesti tau, (tak jugak, kalau salesgirl yang korang tanya, hmm.. hampeh), lagi satu, korang buat bodoh je dengan tangapan masyarakat, kalau boleh jangan jadi closet smoker yang cuma hisap pipe sembunyi-sembunyi dekat rumah tetapi keluarlah, lepak bersama-sama orang awam. Tujuan utama korang hisap pipe adalah kerana kesedaran korang terhadap kualiti, kualiti tembakau serta kualiti hidup. Setakat ni aku belum pernah dengar lagi penghisap pipe kena buli disebabkan menghisap pipe, kalau ada, korang email kat aku sape, biar aku pergi lempang mamat tu.

p/s Ulasan untuk Cigar ada dibahagia kedua, tak dapat aku nak sambung dekat sini pasal tetiba saja aku menjadi sibuk.. ok.

15 comments:

  1. Aku happy jumpa blog kau ni sebab aku nak start hisap paip balik lepas lama berenti bila aku tinggalkan States dulu. Tapi aku rasa la, kau ni ada sindrom orang muda la, pantang ditegur (aku pun orang muda jugak). Biasa la istilah lain2...ko belum main golf lagi (yang mana semua orang nak mengajar satu sama lain)...kadang2 mmg orang lain salah, kadang2 pulak apa yang diorang kata tu dari pengalaman diorang sendiri...jangan keras sangat nak ingat ko je selalu betul...kalau kau betul pun aku still rasa macam kau ni arrogant dan keras kepala je dari baca artikel kau ni...pipe smoking is an art anyway, and art is never black and white...

    ReplyDelete
  2. salam wbt.
    terima kasih atas tunjuk ajak JC.tanpa pengongsian ilmu anda,saya pasti tak ketahui tetap pipe smoking! alhamdulillah.devils holiday menjadi 1st pipe tobacco saya! :P

    ReplyDelete
  3. ...salam...mari join grup mempaip..rasanya grup mempaip yg besar di Malaysia ni... https://www.facebook.com/groups/matka99/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum bro..saya minat tol ngan pipe2 ne..eksklusif+otai..nak belaja la..so mcm mana nak contact..email me ahmadnizamar33@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Assalaamualaikum rakan2 pipers dan terutama Tuan Rumah!

    Saya mula pipe smoking sejak umur 25 lagi. Masa tu orang keliling heran jugaklah ngapa orang muda hisap pipe. Bila dah berumur mereka tak heran lagilah. Sekarang saya dah 62.
    Suatu masa dulu koleksi pipe saya menjangkau 20 batang. Ada yang dah pecah/patah stem, ada yang terpijak pun. Dua tiga batang beri kat orang. Kebelakangan ni mula beli dua tiga yang baru.
    Saya lebih suka dengan stem lurus dan bowl kecil-sederhana. Secocok dengan tubuh saya yang agak lampai.
    Kalau nak tahu sedikit sebanyak tentang pengalaman "mempipe" sila hubungi saya di ghostriderwan@gmail.com.

    Salaam'
    Saad

    ReplyDelete
  6. Hye... Nice blog. New pipe smoker. Tetarik dgn cara untuk maniskan pipe. Tolong terangkn. Thanks

    Youngsters pipe smoker

    ReplyDelete
  7. Salam bro, nak tanya mana boleh dapat cleaning kit dengan tabocco devil's holidays ni

    ReplyDelete
  8. Salam Bro.. nak belajar boleh tak? sya baru nak berjinak2 dgn Pipe ni.. :)

    ReplyDelete
  9. masalah saya sekrang lidah "lidas" 😓

    ReplyDelete
  10. Sbrg tempahan paip buatan Malaysia boleh lihat di facebook Abi Hariths.

    ReplyDelete
  11. Maka Aku pun belajar isap paip tapi merata cari tembakau kalau stok abis. Ada sesapa yang Ada panduan tembakau dan tools contact gua, 0172122679 tlg bagi tunjuk ajar baru dua bulan dah try vanilla, captain black Peterson lagi cap nenasflake Bagai, filter Dan bowl dah dua Kotak, Pastu cleaner Ada half pack lagi.

    ReplyDelete
  12. saya nak tanye kenapa filter selalu basah?ade cara tak xnak bagi basah.t kaseh

    ReplyDelete
  13. Terbaik bro
    ..blog paling menarik yg aki pernah baca, btw aku bru berjinak jinak dgn pipe ni...betullah cerita bro byk tanggapan sinis yg aku terima masa 1st time hisap pipe ni..sekarang dah lali dah..ada aku kisah janji aku puas...thanks bro atas pengisian dan kongsi ilmu ni...
    The beginers

    ReplyDelete
  14. Bro
    Nk tanya tembakau peterson deluxe mixture ada isu haram ke sbb contain liquor n flavour whisky.ingt nk try

    ReplyDelete