Harini aku menghisap pipe dengan terlalu banyak, lebih kurang 10 bowl kot, aku tak ingat. Dan sekarang lidah aku pedih, rasa macam dicucuk-cukuk sahaja hujung lidah ni.
Bagi yang bukan pipe smoker ataupun mereka yang tak pernah merasai kepedihan pada lidah, atau dalam bahasa Inggerisnya 'tongue bite'. Meh sini aku terangkan.
Pernah tak korang minum air yang panas? Korang pergi amik air yang panas, lagi afdal korang amik air yang baru masak, pastu korang minum seteguk dengan laju. Ape yang akan berlaku pada lidah korang? Rasa pedih kan? Ade kebas kan? So, kalau korang isap pipe, benda macam ni sering berlaku, ianya bukan perkara pelik pun.
Tongue bites berlaku kerana asap yang tersalur daripada stem terus masuk ke rongga mulut, dan anggota pertama yang menerima serangan asap ini adalah lidah. Ia berbeza sekiranya korang menghisap rokok, kerana puntung rokok terletak di bibir, dan gigi menjadi penapis asap rokok, tapi ia berbeza dengan pipe, kerana 'mouth piece' berada di belakang gigi dan hampir dengan lidah.
So, kalau aku terangkan dalam bahasa sains,
Asap panas + Lidah = Pedih
Ada paham??
Masalah ini sekejap saje, kerana pedih sebegini hanya bersifat sementara, lidah korang akan menjadi lali dengan kepedihan ini. Tapi walaupun korang dah lali, jangan plak korang over smoke macam aku harini, over smoke macam aku walaupun lidah dah kebal pun tetap akan merasa pedih.
Dalam industri pipe, setahu aku cuma jenama Peterson saje yang amik kisah pasal isu 'tongue bite' ni. Diorang siap cipta sejenis pipe yang boleh mengurangkan kesan 'tongue bite'. Produk ini dipanggil P-lip.
Ape yang special dengan P-lip?
Die punya mouthpiece menghadap keatas, so, asap akan kearah lelangit mulut korang, bukannya ke lidah. Bijak kan? Sebenarnya tak jugak (bagi pendapat aku)
Aku ade 3 jenis P-lip daripada Peterson, satu masalah pada pipe jenis ni ialah lelangit aku plak yang sakit, bukan lidah. lol.. @__@
Ni adalah salah satu contoh Peterson P-Lip, kalau korang tengok kat hujung stem, bahagian mouthpiece ade lubangkan, haaa.. lubang tu menghadap ke utara.
owh gitu ek,aku ingatkan aku xpandai hisap pipe...
ReplyDeleteShahrul Nizam Shaari : Takpe bro, Enjoy pipe adalah satu seni.. Selamat Hari Minggu.. (Dude Mohd Iqbal)
ReplyDeleteAku duk pkai tmbakau mac baren vanilla, tmbakau yg lain mmg x leh msuk pedih lidah.
ReplyDelete