Tuesday, August 11, 2009
Jenis-jenis Pipe
Sepertimana yang telah dijelaskan pada post yang lepas bertajuk Pemilihan Pipe. Kini saya akan menerangkan tentang jenis-jenis pipe yang ada di pasaran dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, pengetahuan ini dapat membantu para penggemar pipe untuk menilai dan juga memilih pipe dengan lebih efektif serta bijak.
Briar:-
Bahagian akar yang boleh didapati daripada pokok White Heath, sejenis pokok yang hidup di kawasan tebing bukit, pokok ini hanya boleh didapati di negara-negara Mediterrenian sahaja. Briar yang baik amat sukar untuk didapatkan kerana ia memerlukan masa yang amat lama untuk matang, sekurang-kurangnya 80 hingga 100 tahun, dan bagi briar yang terbaik sekali kebiasaanya beusia 200 tahun. Briar amat digemari kerana sifat semulajadinya yang tahan terhadap kepanasan dan pembakaran. Maka tidak hairan sekiranya para tukang pipe memilih briar berbanding bahan lain untuk membuat pipe terbaik.
Meerschaum : Merupakan bahan mineral, nama saintifiknya Hydrous Silicate of Magnesium. Ianya hanya boleh diperolehi di Eskisehir, Turkey sahaja. Meerschaum didalam bahasa German bermaksud buih laut. Ia dipanggil sedemikian kerana bahan mineral ini berasal daripada fosil-fosil yang terkomposit di lantai lautan daripada hidupan micro lautan dan cengkerang jutaan tahun dahulu. Meerschaum menjadi pilihan kerana ianya mempunyai karakter yang hampir sama dengan briar dan ianya mudah diukir.
Calabash:-
Sejenis tumbuhan daripada keluarga labu yang boleh didapati di Afrika Selatan. Rekaan dan bentuk pipe adalah ditentukan daripada saiz calabash itu sendiri. Ciri unik calabash ialah sifat smoothness, coolest dan dryness sewaktu menghisap melalui pipe jenis calabash ini.
Clay/Tanah Liat:-
Pipe jenis clay adalah sangat popular di England sebelum penemuan briar. Bagaimanapun, pipe jenis ini tidak terlalu, durable, ini kerana ia mudah pecah ataupun patah sekiranya terjatuh, dan kepanasan bara daripada tembakau tidak dapat diserab oleh pipe ini. Ini menyebabkan tangan penghisap pipe jenis clay akan cepat merasa panas.
Aluminium:-
Bahan ini sering digunakan untuk membuat pipe jenis ekzotik dimana rekaan pipe tidak mengikut model-model konvensional seperti lazimnya. Sifat penyerapan kepanasan adalah lebih rendah berbanding clay, tetapi kebiasaanya, pereka pipe jenis ini akan melapikkan bahan lain yang berfungsi sebagai penebat haba. Kebanyakan pengemar pipe tidak begitu menyukai pipe jenis ini kerana rasa serta sensational tidak wujud berbanding pipe jenis briar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment