Thursday, August 13, 2009

Teknik 'pack' Tembakau


Memasukkan tembakau ke dalam pipe sebenarnya sesuatu perkara yang sangat tricky kerana jika tembakau itu terlalu mampat, aliran pembakaran akan tersekat dan pembakaran tidak akan berjaya dan sekiranya terlalu loggar, pembakaran akan menjadi terlalu cepat dan anda harus memasukkan lagi tembakau.

Terdapat banyak teknik untuk memasukkan tembakau dan setiap pengguna pipe mempunyai cara-cara yang berbeza untuk pack tembakau mereka. Akan tetapi, disini saya akan menerangkan cara packing tembakau cara yang konvensional.

Langkah pertama yang harus dilakukan sebelum memasukkan tembakau ialah memeriksa dahulu keadaan pipe anda, sama ada ia tersumbat atau masih ada sisa-sisa tembakau yang lepas. Pastikan pipe anda bersih daripada sebarang kekotoran dan bahanbahan asing.

Masukkan secubit tembakau pilihan anda kedalam pipe dan tekan tembakau itu dengan lembut kebawah, jangan sesekali menekan cubitan tembakau pertama anda dengan terlalu kuat kerana bahagian paling bawah sekali perlu mempunyai ruang udara agar pembakaran berlaku dengan lancar.

Setelah bahagian tembakau paling bawah telah rata, anda bolehlah memasukkan cubitan tembakau yang kedua dan seterusnya bergantung kepada kehendak anda. Setiap lapisan tembakau yang anda masukkan haruslah ditekan sedikit tetapi tidak telalu mampat. Anda boleh juga menyedut pipe anda pada setiap lapisan bagi memastikan aliran udara berjalan dengan lancar.

Setelah tembakau anda penuh di dalam pipe, anda bolehlah membakar tembakau anda dan menikmati tembakau anda sambil menikmati keadaan yang tenang di sekeliling anda. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment