Thursday, August 13, 2009

Perlukah Lelaki Bersikap Chauvist terhadap Wanita?


Beberapa tahun dahulu, sewaktu saya di di Dublin, saya duduk berseorang di sebuah cafe yang popular di Dublin dipanggil Cafe en Siene, sambil menikmati secawan espresso dan pipe saya, saya melihat seorang gadis barangkali berusia dalam lingkungan 20'an duduk tidak jauh daripada meja saya sambil menghisap pipe.
Pada waktu itu saya merasakan sangat pelik dan janggal kerana sekiranya mengikut tradisi, budaya pipe hanya didominasi oleh kaum lelaki, dan lebih memeranjatkan saya pada waktu itu ialah gadis ini menggunakan tembakau jenis English blend, ini dapat dikenal pasti daripada bau kuat yang terhasil daripada pipe gadis tersebut.
Tiba-tiba saya berfikir. Perlukah saya bersikap terlalu chauvist terhadap gadis tersebut sedangkan para pengunjung cafe tersebut mengendahkan gadis tersebut. Bukankah kita perlu berada di atas landasan yang kompetitif dan memperjuangkan dasar kesamarataan? Gagasan ini yang membuatkan saya tersentak daripada sikap pesimistik dan merasa malu mempunyai pemikiran yang sedemikian.
Mungkin di negara kita, sekiranya seorang gadis menghisap pipe di khalayak ramai. Ia barangkali menjadi sebuah persoalan bagi sesiapa yang memandang. Mungkin ada yang mecemuh atau mungkin ada yang tidak mengendahkan, tetapi percayalah bahawa senario ini akan menjadi asam garam kehidupan majmuk di negara kita, Malaysia. Akan tetapi, sikap chauvist tidak perlu berlaku. Bukankah penghisap pipe dan para penghisap pipe merupakan satu komuniti?

No comments:

Post a Comment