Bagi para peminat pipe mahupun para pendatang baru dalam budaya pipe, pasti menyedari bahawa pipe datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk konvensional, konservatif ataupun ekzotik.
Nilai sesebuah pipe terletak pada kualiti kayu, ketelitian pada sudut-sudut yang rumit, keseimbangan dan perasaan istemewa diantara pipe dan pemiliknya.
Pipe tidak dianggap sebagai medium untuk membakar produk tembakau bagi para penggemarnya. Tetapi, ia dianggap sebagai teman rapat pemiliknya, sebuah medium meditasi dan ketenangan, malah setiap pipe mempunyai cerita tersendiri yang mengaitkannya dengan pemiliknya.
Oleh sebab itu, proses pemilihan pipe adalah sangat penting bagi para penggemar pipe. Disini, isu harga sesebuah pipe tidak perlu dipertikaikan.
Terdapat berbagai jenis pipe yang kini berada di dalam pasaran, sama ada yang low-quality ataupun high-quality, senario ini membuatkan pemilihan pipe menjadi sangat sukar. Sekiranya aspek harga menjadi decision maker, ia tidak akan menjadi sukar kerana bagi yang berkemampuan akan membeli pipe yang mahal dimana kualiti pipe itu tidak perlu lagi disangkal, dan bagi yang tidak berkemampuan pula akan membeli pipe yang jauh lebih murah dimana kualiti pipe ini pasti mengundang kekecewaan pada masa hadapan.
Tetapi, pembelian pipe sama ada mahal ataupun yang murah tidak menjanjikan kepuasan menghisap pipe. Ini kerana setiap penggemar pipe mempunyai citarasa dan perasaan yang berbeza terhadap pipe masing-masing, dan dikhuatiri, keputusan pembelian pipe itu hanya mengundang perasaan kekecewaan.
Pipe bukan diguna pakai selama satu atau dua bulan, tetapi ia akan menjadi teman paling akrab bagi pemiliknya, maka anggaplah ia sebagai satu pelaburan yang berbaloi.
Sekiranya anda memberikan isteri anda duit untuk membeli pipe, kemungkinan besar isteri anda akan membeli pipe yang langsung tidak akan anda menghisapnya, dan kemungkinan besar isteri anda tidak membeli langsung pipe tersebut sebaliknya duit itu digunakan untuk membeli barang dapur. Oleh yang demikian, keputusan terhadap pemilihan sesebuah pipe adalah terletak di tangan anda.
No comments:
Post a Comment