Monday, November 2, 2009

Ulasan Tembakau Peterson De Luxe Mixture


Salam sejahtera para pipers..............
Jenama Peterson memang tidak asing lagi dalam dunia pipe dan kebanyakan peminat pipe pasti pernah marasa tembakau daripada Peterson. Tetapi di sini saya ingin mengulaskan tentang tembakau daripada Peterson iaitu De Luxe Mixture.

Perkataan yang mampu saya katakan pada tembakau jenis ini ialah MANARIK kerana sememangnya ia tidak dapat disangkal lagi tahap kualiti tembakaunya serta teknik air-cured tembaku itu sendiri demi untuk mendapatkan konsistensi kelembapanya.

Peterson De Luxe Mixture mengandungi tembakau jenis Black Cavendish dan Virginia yang diperolehi daripada Brazil dan Afrika, dipotong dalam bentuk Broken Flake. Tembakau ini adalah jenis aromatik, mengandungi aroma walnut, vanila dan madu. Tembakau ini juga tidak terlalu keras dan boleh diklasifikasikan dalam kategori mild serta pembakaran pertama untuk tembakau ini hanya memerlukan satu atau dua kali sahaja bergantuk kepada teknik 'packing' tembakau itu sendiri.

Pendapat peribadi saya ialah aroma yang terhasil selepas pembakaran pertama sangan menarik dan mudah untuk memikat hidung-hidung orang sekeliling dengan aroma yang harum yang terhasil daripada Peterson De Luxe Mixture.
Rekomendasi saya? Harus dan patut dicuba

Ulasan Tembakau Peterson Luxury Blend


Peterson Luxury Blend merupakan tembakau pertama yang saya beli sewaktu saya mula-mula menghisap pipe. Pada mulanya saya tertarik dengan perkataan Luxury yang tertera pada tin tembakau itu tetapi selepas dua kali mengisi bowl pipe jenis Savinelli Panama saya, jelas terasa sesuatu yang berbeza pada tembakau itu sendiri kerana ianya memiliki tekstur-tekstur yang menarik.
Blender yang bertangungjawab untuk tembakau ini ialah Murray & Sons Pte Ltd yang sangat tidak asing lagi dalam arena pipe tobacco. Tembakau ini dipotong dengan tidak terlalu halus tetapi 'ribbon style cut' serta tahap kelembapan tembakau ini jelas sekali seimbang dengan tidak terlalu lembab dan terlalu kering. Jenis tembakau yang digunakan ialah Virginia, Black Cavendish and Burley serta diperapkan aroma oren, madu dan vanila. Ianya tidaklah terlalu strong jika ingin dibandingkan dengan English Blends, tetapi boleh diketegorikan sebagai medium mild.
Aspek pembakaran bagi Peterson Luxury Blend adalah tidak terlalu leceh, hanya dua kali pembakaran sahaja, bowl akan terbakar dangan rata dan konsisten.
Rekomendasi saya ialah mesti cuba kerana ini merupakan tembakau yang sangat menarik dan bagi yang bukan pengemar tembakau jenis aromatik, saya rasa anda akan berubah fikiran.

maaf

Salam Sejahtera kepada para pelawat blog ini serta para 'peminat pipe'. Maaf sekiranya sudah agak lama saya tidak update sebarang post kedalam blog ini atas beberapa sebab-sebab kerja yang terlampau banyak disamping kesibukan harian. Saya merasakan blog ini terabai setelah sekian lama tidak dihidangkan dengan sebarang artikel-artikel baru mengenai pipe.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf.

Thursday, August 13, 2009

Perlukah Lelaki Bersikap Chauvist terhadap Wanita?


Beberapa tahun dahulu, sewaktu saya di di Dublin, saya duduk berseorang di sebuah cafe yang popular di Dublin dipanggil Cafe en Siene, sambil menikmati secawan espresso dan pipe saya, saya melihat seorang gadis barangkali berusia dalam lingkungan 20'an duduk tidak jauh daripada meja saya sambil menghisap pipe.
Pada waktu itu saya merasakan sangat pelik dan janggal kerana sekiranya mengikut tradisi, budaya pipe hanya didominasi oleh kaum lelaki, dan lebih memeranjatkan saya pada waktu itu ialah gadis ini menggunakan tembakau jenis English blend, ini dapat dikenal pasti daripada bau kuat yang terhasil daripada pipe gadis tersebut.
Tiba-tiba saya berfikir. Perlukah saya bersikap terlalu chauvist terhadap gadis tersebut sedangkan para pengunjung cafe tersebut mengendahkan gadis tersebut. Bukankah kita perlu berada di atas landasan yang kompetitif dan memperjuangkan dasar kesamarataan? Gagasan ini yang membuatkan saya tersentak daripada sikap pesimistik dan merasa malu mempunyai pemikiran yang sedemikian.
Mungkin di negara kita, sekiranya seorang gadis menghisap pipe di khalayak ramai. Ia barangkali menjadi sebuah persoalan bagi sesiapa yang memandang. Mungkin ada yang mecemuh atau mungkin ada yang tidak mengendahkan, tetapi percayalah bahawa senario ini akan menjadi asam garam kehidupan majmuk di negara kita, Malaysia. Akan tetapi, sikap chauvist tidak perlu berlaku. Bukankah penghisap pipe dan para penghisap pipe merupakan satu komuniti?

Teknik 'pack' Tembakau


Memasukkan tembakau ke dalam pipe sebenarnya sesuatu perkara yang sangat tricky kerana jika tembakau itu terlalu mampat, aliran pembakaran akan tersekat dan pembakaran tidak akan berjaya dan sekiranya terlalu loggar, pembakaran akan menjadi terlalu cepat dan anda harus memasukkan lagi tembakau.

Terdapat banyak teknik untuk memasukkan tembakau dan setiap pengguna pipe mempunyai cara-cara yang berbeza untuk pack tembakau mereka. Akan tetapi, disini saya akan menerangkan cara packing tembakau cara yang konvensional.

Langkah pertama yang harus dilakukan sebelum memasukkan tembakau ialah memeriksa dahulu keadaan pipe anda, sama ada ia tersumbat atau masih ada sisa-sisa tembakau yang lepas. Pastikan pipe anda bersih daripada sebarang kekotoran dan bahanbahan asing.

Masukkan secubit tembakau pilihan anda kedalam pipe dan tekan tembakau itu dengan lembut kebawah, jangan sesekali menekan cubitan tembakau pertama anda dengan terlalu kuat kerana bahagian paling bawah sekali perlu mempunyai ruang udara agar pembakaran berlaku dengan lancar.

Setelah bahagian tembakau paling bawah telah rata, anda bolehlah memasukkan cubitan tembakau yang kedua dan seterusnya bergantung kepada kehendak anda. Setiap lapisan tembakau yang anda masukkan haruslah ditekan sedikit tetapi tidak telalu mampat. Anda boleh juga menyedut pipe anda pada setiap lapisan bagi memastikan aliran udara berjalan dengan lancar.

Setelah tembakau anda penuh di dalam pipe, anda bolehlah membakar tembakau anda dan menikmati tembakau anda sambil menikmati keadaan yang tenang di sekeliling anda. Selamat mencuba.

Wednesday, August 12, 2009

Analogi Pipe



Chamber:-
Merupakan ruang kosong yang menempatkan tembakau bagi proses pembakaran chamber tidak mempunyai sebarang ruang spesifikasi diameter yang tetap. 

Bowl:
Bahagian luaran chamber.

Shank:- 
Merupakan bahagian dalaman yang bersambung dengan chamber. Shank adalah amat penting kerana ia menyalurkan hasil pembakaran tembakau ke saluran stem.

Filter:- 
Digunakan bagi menapis produk tembakau yang telah dibakar. Ia bertindak sebagai  agen penyerap bahan kimia yang terhasil daripada hasil pembakaran tembakau. 

Stem:- 
Bahagian yang bersambung dengan bowl. Ianya boleh ditanggalkan bagi memudahkan proses pembersihan pipe. Bahan jenis vulcanite sering digunakan bagi membuat stem dan hasil pengaliran pembakaran tembakau  adalah sangat lancar, bahan lain seperti  arcrylic dan plastic juga sering digunakan, tetapi hasil pengaliran tidak selembut dan selancar vulcanite.

Bit:- 
Bahagian hujung stem.

Lip:- 
Bahagian tepi hujung stem dimana pada bahagian ini, hasil pembakaran tembakau sampai terus kepada penghisap pipe.

Tuesday, August 11, 2009

Jenis-jenis Pipe


Sepertimana yang telah dijelaskan pada post yang lepas bertajuk Pemilihan Pipe. Kini saya akan menerangkan tentang jenis-jenis pipe yang ada di pasaran dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, pengetahuan ini dapat membantu para penggemar pipe untuk menilai dan juga memilih pipe dengan lebih efektif serta bijak.

Briar:-
Bahagian akar yang boleh didapati daripada pokok White Heath, sejenis pokok yang hidup di kawasan tebing bukit, pokok ini hanya boleh didapati di negara-negara Mediterrenian sahaja. Briar yang baik amat sukar untuk didapatkan kerana ia memerlukan masa yang amat lama untuk matang, sekurang-kurangnya 80 hingga 100 tahun, dan bagi briar yang terbaik sekali kebiasaanya beusia 200 tahun. Briar amat digemari kerana sifat semulajadinya yang tahan terhadap kepanasan dan pembakaran. Maka tidak hairan sekiranya para tukang pipe memilih briar berbanding bahan lain untuk membuat pipe terbaik.
Meerschaum : Merupakan bahan mineral, nama saintifiknya Hydrous Silicate of Magnesium. Ianya hanya boleh diperolehi di Eskisehir, Turkey sahaja. Meerschaum didalam bahasa German bermaksud buih laut. Ia dipanggil sedemikian kerana bahan mineral ini berasal daripada fosil-fosil yang terkomposit di lantai lautan daripada hidupan micro lautan dan cengkerang jutaan tahun dahulu. Meerschaum menjadi pilihan kerana ianya mempunyai karakter yang hampir sama dengan briar dan ianya mudah diukir.

Calabash:-
Sejenis tumbuhan daripada keluarga labu yang boleh didapati di Afrika Selatan. Rekaan dan bentuk pipe adalah ditentukan daripada saiz calabash itu sendiri. Ciri unik calabash ialah sifat smoothness, coolest dan dryness sewaktu menghisap melalui pipe jenis calabash ini.

Clay/Tanah Liat:-
Pipe jenis clay adalah sangat popular di England sebelum penemuan briar. Bagaimanapun, pipe jenis ini tidak terlalu, durable, ini kerana ia mudah pecah ataupun patah sekiranya terjatuh, dan kepanasan bara daripada tembakau tidak dapat diserab oleh pipe ini. Ini menyebabkan tangan penghisap pipe jenis clay akan cepat merasa panas.

Aluminium:-
Bahan ini sering digunakan untuk membuat pipe jenis ekzotik dimana rekaan pipe tidak mengikut model-model konvensional seperti lazimnya. Sifat penyerapan kepanasan adalah lebih rendah berbanding clay, tetapi kebiasaanya, pereka pipe jenis ini akan melapikkan bahan lain yang berfungsi sebagai penebat haba. Kebanyakan pengemar pipe tidak begitu menyukai pipe jenis ini kerana rasa serta sensational tidak wujud berbanding pipe jenis briar.

Contoh-Contoh Pipe


Rekaan pipe ekzotik daripada Hiroyuki Tokutomi


Pipe berbentuk bulldog daripada Peterson


Pipe berbentuk horn daripada Stanwell



Pipe berukiran diperbuat daripada bahan meerschaum

Rekaan pipe ekzotik daripada Hiroyuki Tokutomi
                                                                               


 Pipe bertentuk bend-billiard daripada Savinelli



Pipe berbentuk churchwarden daripada Peterson



Pipe berbentuk billiard daripada Dunhill



Pipe berbentuk billiard daripada Dunhill

Pemilihan Pipe


Bagi para peminat pipe mahupun para pendatang baru dalam budaya pipe, pasti menyedari bahawa pipe datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk konvensional, konservatif ataupun ekzotik.

Nilai sesebuah pipe terletak pada kualiti kayu, ketelitian pada sudut-sudut yang rumit, keseimbangan dan perasaan istemewa diantara pipe dan pemiliknya. 

Pipe tidak dianggap sebagai medium untuk membakar produk tembakau bagi para penggemarnya. Tetapi, ia dianggap sebagai teman rapat pemiliknya, sebuah medium meditasi dan ketenangan, malah setiap pipe mempunyai cerita tersendiri yang mengaitkannya dengan pemiliknya.

Oleh sebab itu, proses pemilihan pipe adalah sangat penting bagi para penggemar pipe. Disini, isu harga sesebuah pipe tidak perlu dipertikaikan.

Terdapat berbagai jenis pipe yang kini berada di dalam pasaran, sama ada yang low-quality ataupun high-quality, senario ini membuatkan pemilihan pipe menjadi sangat sukar. Sekiranya aspek harga menjadi decision maker, ia tidak akan menjadi sukar kerana bagi yang berkemampuan akan membeli pipe yang mahal dimana kualiti pipe itu tidak perlu lagi disangkal, dan bagi yang tidak berkemampuan pula akan membeli pipe yang jauh lebih murah dimana kualiti pipe ini pasti mengundang kekecewaan pada masa hadapan. 

Tetapi, pembelian pipe sama ada mahal ataupun yang murah tidak menjanjikan kepuasan menghisap pipe. Ini kerana setiap penggemar pipe mempunyai citarasa dan perasaan yang berbeza terhadap pipe masing-masing, dan dikhuatiri, keputusan pembelian pipe itu hanya mengundang perasaan kekecewaan. 

Pipe bukan diguna pakai selama satu atau dua bulan, tetapi ia akan menjadi teman paling akrab bagi pemiliknya, maka anggaplah ia sebagai satu pelaburan yang berbaloi.

Sekiranya anda memberikan isteri anda duit untuk membeli pipe, kemungkinan besar isteri anda akan membeli pipe yang langsung tidak akan anda menghisapnya, dan kemungkinan besar isteri anda tidak membeli langsung pipe tersebut sebaliknya duit itu digunakan untuk membeli barang dapur. Oleh yang demikian, keputusan terhadap pemilihan sesebuah pipe adalah terletak di tangan anda.