Monday, November 15, 2010

Ulasan Tembakau : Davidoff Blue Mixture

Dah lama juga aku tak post ulasan tembakau, mungkin sekarang aku banyak habiskan masa hisap cigar kot. hehehe.. Banyak sangat tembakau pipe yang aku nak share kat dalam blog ni, tak tau mana nak mulakan, ada tembakau yang bagus, ada yang indah pada nama tapi tak bagus, ada yang langsung tak bagus.

Persoalan di sini, macam mana aku nilaikan bagus tak bagus? Hmm... subjektif punya soalan, kalau tanya budak tadika diorang mesti cakap tembakau semua tak bagus kan.. celaka punya budak.. hahaha..ok ok.. Penialian aku terhadap tembakau adalah bersadarkan aspek karakteristik yang terkandung dalam terbakau itu sendiri. Sama ada mempunyai ciri-ciri yang unik, aspek-aspek yang menarik, serta kadungan ramuan tembakau itu sendiri. Maka, oleh itu aku ingin membuat ulasan terhadap tembakau Davidoff Blue Mixture.

Pertama kali menikmati Davidoff ini seingat aku pada tahun 2007, itu pun kawan aku yang offer untuk rasa, dan pada masa itu, aku masih tidak pandai menilai mahupun menghargai tembakau ini, tetapi yang jelas tembakau ini wangi. Sehingga sekarang aku masih mampu untuk flashback memori aku untuk mengingati aroma Davidoff ini.

Pertemuan aku dengan Davidoff untuk kali kedua kalau tak silap aku pada 2008, dan pada waktu itu aku membeli tembakau ini di Kamelah Aeon Tebrau, sekiranya tak silap harga pada waktu itu Rm 120 untuk 50g (aku pun dah lupa tapi memang tak lari jauh dari harga ni) dan pada waktu itu, aku aku baru sedar yang Davidoff Blue Mixture ini bukan sekadar wangi, tetapi struktur aroma serta hasil pembakarannya sangat hebat serta unik.

Sebelum aku menerangkan dengan lebih lanjut tentang karakteristik Davidoff Blue Mixture, aku akan terangkan dahulu komposisi tambakau yang terkandung. Seperti biasa bagi sebuah tembakau aromatik yang sempurna, gabungan 3 jenis tembakau adalah suatu yang pasti, Burley, Virginia dan Cavendish. Tetapi yang uniknya, Burley ini dipanggang terlebih dahulu untuk meningkatkan lagi aromanya. Black Cavendish pula dipotong dengan saiz yang sedikit lebar serta Virginia dari plug yang dipotong. Kumungkinan, bagi pendapat peribadi saya, mungkin faktor ini mempengaruhi aspek rasa serta aroma yang menarik. Davidoff Blue Mixture melalui prosess pengeringan udara semula jadi (air-cured) dan tembakau ini boleh dikategorikan sebagai mild.

Bagi pendapat aku, tembakau ini sesuai untuk pendatang baru dalam arena pipe kerana ianya mild, aromatik serta kemas dan dalam erti kata lain tembakau ini sangat selesa untuk dihisap, sangat tenang, aroma karamel sangat jelas dan nyata. Selepas membuat pengeringan selama 10 hingga 15 minit, anda akan merasakan aroma kemas and earthiness pada pembakaran awal false light, dan pada true light, Davidoff Blue Mixture betul betul menghasilkan aroma serta rasa yang sangat tenang. Sesuai dinikmati pada waktu pagi selepas sarapan. Ianya tidak terlalu keras dan pembakaran tembakau ini pada pipe korang sangat rata sekiranya korang mengeringkan tembakau ini terlebih dahulu..

Rekomendasi aku, tembakau ini harus dicuba, harus ada dalam peti simpanan korang, harus ada setiap hari kerana ianya sebuah ramuan tembakau yang terbaik bagi penggemer tembakau jenis mild.

Sunday, October 24, 2010

Ulasan Don Diego Monarch


 Cigar yang selalu menjadi kegemaran aku, dan cigar ni juga adalah antara cigar pilihan aku kalau aku nak belanja membr-member yang baru petama kali isap cigar. Sebab utama ia menjadi pilihan aku kerana harga dia tak mahal sangat. Kalau beli kat Malaysia harge die RM45 sebatang. Korang boleh dapatkan cigar ni daripada peruncit cigar seperti Kamelah Tobacco House. Biasanya ni stock yang wajib diorang ade. Mungkin disebabkan permintaan tinggi kot.

OK. Bagi yang belum pernah try Don Diego Monarch.. Aku akan buat ulasan tentang cigar ni.

Don Diego adalah cigar yang datang daripada Dominican Republic, ia adalah hand-made cigar dengan menggunakan long filler. Struktur kekuatan cigar ini adalah mild-bodied . Ia tidaklah terlalu keras berbanding Arturo Fuente ataupun Padron. Dan kandungan ligero pada fillernya adalah kurang, maka mungkin disebabkan faktor ini, cigar ini tidak terlalu keras.

Korang dapat lihat daripada wrapper cigar ini yang tidak berkilat atau berminyak, tetapi ia tetap kelihatan lembut dan silky dan tidak terlalu kering. Wrapper cigar ini daripada USA, berjenis connecticut, dan kita dapat lihat warna cokelat yang terang. Ramuan tembakau filler pula daripada Dominican Republic dan Brasil dan binder daripada Dominican Republic.

Saiz Don Diego Monarch adalah Corona Gorda, tetapi ada juga cigar enthusiast yang lain mengatakan ia bersaiz churchil, so bagi aku tak yah nak pening-pening kepala untuk tentukan terma saiz Don Diego ni, just korang amik ukuran die je.

Panjang = 7 inchi
Gauge  =  46'

Rasa Don Diego Monarch juga sangat menarik. Korang dapat merasai sedikit hint vanilla dan coco pada awal pembakaran hingga rasa earthy pada hujung akhir pembakaran. Tetapi overall, cigar ini tetap lembut dan tidak terlalu keras, sangat sesuai bagi smoker yang baru berkecimpung dalam arena cigar. Sekiranya korang nak merasai lebih detail untuk Don Diego Monarch, aku cadangkan korang buat retrohaling, tapi hati-hati, jangan sampai tertelan asap die plak.. nanti korang salahkan aku.

Ok.. Selamat Hujung Minggu dan Selamat Menikmati Cigar anda.

Monday, October 18, 2010

Kepedihan Di Lidah

Harini aku menghisap pipe dengan terlalu banyak, lebih kurang 10 bowl kot, aku tak ingat. Dan sekarang lidah aku pedih, rasa macam dicucuk-cukuk sahaja hujung lidah ni.

Bagi yang bukan pipe smoker ataupun mereka yang tak pernah merasai kepedihan pada lidah, atau dalam bahasa Inggerisnya 'tongue bite'. Meh sini aku terangkan.

Pernah tak korang minum air yang panas? Korang pergi amik air yang panas, lagi afdal korang amik air yang baru masak, pastu korang minum seteguk dengan laju. Ape yang akan berlaku pada lidah korang? Rasa pedih kan? Ade kebas kan? So, kalau korang isap pipe, benda macam ni sering berlaku, ianya bukan perkara pelik pun.

Tongue bites berlaku kerana asap yang tersalur daripada stem terus masuk ke rongga mulut, dan anggota pertama yang menerima serangan asap ini adalah lidah. Ia berbeza sekiranya korang menghisap rokok, kerana puntung rokok terletak di bibir, dan gigi menjadi penapis asap rokok, tapi ia berbeza dengan pipe, kerana 'mouth piece' berada di belakang gigi dan hampir dengan lidah.

So, kalau aku terangkan dalam bahasa sains,

Asap panas + Lidah = Pedih

Ada paham??

Masalah ini sekejap saje, kerana pedih sebegini hanya bersifat sementara, lidah korang akan menjadi lali dengan kepedihan ini. Tapi walaupun korang dah lali, jangan plak korang over smoke macam aku harini, over smoke macam aku walaupun lidah dah kebal pun tetap akan merasa pedih.

Dalam industri pipe, setahu aku cuma jenama Peterson saje yang amik kisah pasal isu 'tongue bite' ni. Diorang siap cipta sejenis pipe yang boleh mengurangkan kesan 'tongue bite'. Produk ini dipanggil P-lip.

Ape yang special dengan P-lip?

Die punya mouthpiece menghadap keatas, so, asap akan kearah lelangit mulut korang, bukannya ke lidah. Bijak kan? Sebenarnya tak jugak (bagi pendapat aku)

Aku ade 3 jenis P-lip daripada Peterson, satu masalah pada pipe jenis ni ialah lelangit aku plak yang sakit, bukan lidah.  lol.. @__@

Ni adalah salah satu contoh Peterson P-Lip, kalau korang tengok kat hujung stem, bahagian mouthpiece ade lubangkan, haaa.. lubang tu menghadap ke utara.

Saturday, October 16, 2010

Anjakan Paragidma Artikel


Daripada awal artikel aku sehingga yang terbaru, bagi yang membaca blog ini pasti menyedari akan perubahan tata bahasa dan gaya penulisan aku. Aku pun sedar jugak. Atas sebab inilah, aku ingin menceritakan kenapa segala perubahan-perubahan seperti ini boleh berlaku.

Kalau korang perasan, pada awalan penulisan aku, penggunaan tatabahasa aku tersangat la skema, aku akan menggunakan ayat-ayat seperti 'saya', 'anda', 'sungguh memberangsangkan' dan yang sewaktu dengannya. Perenggan yang aku gunakan juga sangat tidak bersesuian serta berterabur.

Adakah aku tidak mahir dengan bahasa ibunda aku sendiri?

Sebenarnya, zaman sekolah aku punya BM kira tip-top la juga, tapi selepas habis sekolah menengah, aku dah tak amalakan sangat Bahasa Malaysia, lebih banyak menggunakan English, Mandarin ataupun French, so bila dah terlalu banyak bahasa yang diamalkan, ditambah lagi dengan 'accent' Johor campur Singapura aku, maka disitu berlakunya asimilisasi bahasa.

Adakah aku perlu mengekalkan penggunaan ayat-ayat skema? Aku tak nak lagi.

Sekarang aku nak ubah pemilihan perenggan aku. Taknak skema lagi. Kalau skema pun bukanya Dewan Bahasa Dan Pustaka nak semak penulisan aku. Maka, aku akan menggunakan Bahasa Malaysia versi aku.
Lebih mesra pengguna, lebih humor dan senang untuk dihadam.

Artikel-artikel yang lepas akan aku editkan kembali secepat mungkin. Selamat membaca dan selamat memberikan kritikan. Korang nak kutuk aku ke atau nak maki pun aku tak kisah, semoga kita dapat mendapatkan apa yang ingin kita dapatkan. (ape aku melalut ni?)

Tuesday, October 12, 2010

Pemotongan Cigar



 OK.. Hari ni mari kita belajar cara yang betul untuk memotong cigar.

Kenapa pemotongan cigar penting? Kenapa perlu ada alatan khas untuk memotong cigar? Kenapa tidak gunakan pen knive ataupun pisau lipat? Kenapa leceh sangat untuk menghisap cigar?

Maka, oleh sebab soalan-soalan diatas, maka aku akan terangkan disini tentang kepentingan pemotongan cigar, agar ia kemas dan selesa untuk kita menikmatinya.

Kenapa pemotongan cigar itu penting?

Setiap cigar yang dibuat dengan tangan memiliki dua bahagian struktur utama, pertama ialah bahagian head dan kedua ialah bahagian feet/foot. Bahagian head merupakan bahagian hujung cigar yang ditutup rapi dengan daun tembakau bagi mengelakkan konteminasi udara, manakala bahagian feet/foot pula dibiarkan tidak tertutup.

Contoh Gambar :
So, bahagian yang perlu dipotong ialah bahagian head kerana bahagian inilah merupakan bahagian menyedut hasil pembakaran cigar. Kepentingan pemotongan cigar penting kerana bahagian head adalah bahagian dimana para perokok menyedut asap hasil pembakaran. Sekiranya cigar tidak dipotong dengan kemas, ia akan mempengaruhi mood korang sewaktu menikmati cigar.

Cigar yang dipotong haruslah kemas, supaya cebisan tembakau tidak masuk kedalam mulut korang sewaktu korang menyedut, kadang kala cebisan ini boleh meloyakan tekak korang, kadang kala sekiranya cigar disedut dengan terlalu kuat, maka cebisan ini akan terkena pada anak tekak ataupun kerongkong korang, dan ini akan menyebabkan korang batuk.

Batuk sewaktu asap cigar didalam mulut adalah sangat berbahaya. So, kena ingat selalu.

Ada banyak jenis cutter atau dalam bahasa Malaysianya pemotong cigar yang berada dipasaran, jenis-jenis seperti guillotine, V- Shape, gunting cigar dan cigar puncher. Setiap daripada cutter ini menghasilkan potongan yang berbeza, melainkan guillotine and gunting cigar dimana kedua jenis cutter ini mempunyai karateristik yang sama.

Contoh-contoh cutter yang berada di pasaran :-


image cutter diatas ini dipanggil guillotine




Ini merupakan gunting khas untuk memotong cigar


Dan ini merupakan v-shaped cutter, dapat dilihat diatas hasil pemotongan pada head cigar kelihatan bentuk V.

Dan ini merupakan cigar puncher.. tapi benda alah ni tak best langsung untuk korang pakai.

Kebiasaannya, aku lebih selesa menggunakan cutter jenis guillotine ataupun gunting khas cigar, kerana hasil pemotongan adalah sangat kemas.


Ini merupakan contoh hasil pemotongan cigar yang kemas.

Bagaiman untuk memotong cigar?

Sekarang korang dah ade cutter dengan cigar, dan tunggu masa nak potong je kan? So, perkara yang pertama korang kena ingat ialah jangan memotong cigar anda terlalu banyak. Potong sikit sahaja dahulu.

Potong bahagian hujung head cigar korang dengan kemas, lepas tu, korang cuba sedut sambil memutarkan cigar perlahan-lahan denga mengikut arah jam / berlawanan. Pastikan sewaktu korang sedut cigar korang, pengaliran udara daripada feet/foot ke head adalah lancar, sekiranya tidak lancar, maka potong lagi sedikit cigar korang sehingga korang selesa dengan pengudaraan cigar itu tadi.

Kenapa perlu menitikberatkan pengaliran udara?

Sebenarnya, aku rasa tak selesa dengan  menggunakan ayat 'pengaliran udara', kerana ake mengambil terma Inggeris yang dipanggil 'air flow', so aku translate buta-buta je, kalau korang rase ade ayat yang sesuai, tolong komen kat aku balik.

Ok, kembali kepada soalan tadi, pengaliran udara sangat penting kerana cigar kebiasaanya mempunyai pelbagai jenis daun tembakau didalam fillernya, ini merupakan ramuan tersendiri yang memberzakan rasa serta kekuatan sesebuah cigar. Oleh sebab itu, pelbagai jenis daun tembakau ini akan termampat didalam acuan, dan ini akan menyebabkan saluran udara menjadi minima, tambahan pula, selepas cigar dibaluti wrapper, para master blender kebiasaannya akan menekan bahagian head kedalam sebelum membaluti bahagian head itu tadi, oleh sebab ini, maka pengaliran udara amat penting, dan masalah ini dapat diatasi dengan pemotongan cigar yang betul.

Kenapa tidak boleh menggunakan pen knive ataupun pisau lipat?

Benda alah ni mane buleh buat potong cigar? Memang takkan kemas punya. Sedikit sebanyak mesti ada cebisan-cebisan tembakau yang terhasil.

So, jangan korang cuba-cuba pulak untuk memotong cigar tanpa menggunakan alatan yang betul.

 pisau-pisau macam ni baik korang kasi kat bini korang je..

 takpun kasi kat mamat ni, di tengah 'short' pisau sekarang ni,

Thursday, October 7, 2010

Susahnya Menjadi Seorang Smoker Part 2

Pada artikel yang lepas aku berkongsi pengalaman menghisap pipe aku dekat korang, boleh dikatakan hati aku selalu bengkak sahaja bila aku hisap pipe dekat Malaysia. Macam aku cakap, masyarakat memang akan terpegun dan taksub bila diorang melihat orang muda macam aku hisap pipe. Itu baru sahaja aku, aku ade member seorang awek yang hisap pipe, die kerja dekap Kamelah Tobacco House Aeon Tebrau, nama dia.. (sorry tak leh bagi tau,, nak pergi tanya kedai tu sendiri)

Minah ni pun kencang jugak, dia hisap pipe selamba je dekat mamak, padahal orang keliling dok pandang sinis kat dia, tapi dia buat bodoh je. Aku respect orang macam ni, tak peduli apa orang sekeliling kata. aku pernah tanya dia, apsal die ni boleh sangkut kat pipe sedangkan banyak lagi rokok-rokok yang ade dekat pasaran? Dia cakap, KUALITI! kencang beb ayat die, dah boleh join geng aku dah. Mentang-mentang kerja salegirl jual pipe dan cigar, die pun nak try jugak.


 
Sekadar Gambar Hiasan

Ok. Stop cerita pasal pipe. Topik harini aku nak ceritakan tentang cigar pulak.

Bila cakap pasal cigar korang mesti terbayangkan orang kaya naik Maybach atau paling koman Beemer, korang jugak mesti fikir yang cuma orang kaya sahaja yang mampu untuk membeli dan menghisap cigar sahaja. So, konklusinya, cigar + mewah = permainan orang kaya. So kenapa aku nak ceritakan pasal cigar kat blog sini sedangkan aku pun bukannya tahap orang super kaya?
Jawapannya senang sahaja, kerana aku jugak penghisap cigar yang tegar.
Kalau nak dikatakan cigar tu untuk orang kaya, kenapa cigar yang dijual dekat 7-11 tu murah je? RM8 hingga RM15 sebatang (aku agak-agak je). So, dengan harga yang sedemikian, maka tahap kemampuan pengguna untuk membeli dan menikmati cigar adalah lebih meluas bukan?

Secara jujur, cigar yang dijual dekat kedai Mutthu atau Ah Leong mahupun 7-11 adalah sangat teruk dari segi mutu dan rasanya. Cigar-cigar sebegini dibuat berdasarkan konsep 'asal boleh' sahaja, dan kebanyakannya bukanlah buatan tangan tetapi menggunakan mechine untuk menghasilkan sebatang cigar. Tembakau yang digunakan pula adalah tembakau hancur yang kebiasaanya diambil daripada produk tembakau lain. Kadang-kadang cigar ini juga didatangkan dengan pelbagai perasa seperti coffee, strawberry, chocolate dan vanilla, cuma perasan soya dengan budu je aku tak pernah nampak dekat pasaran.

Adakah cigar-cigar sebegini sangat teruk? Kalau diambil daripada perspektif aku, memang teruk kerana aku sememangnya menghisap cigar tulen, kalau bagi cigar sebegini dekat penggemar cigar yang lain pun sah sah diorang tolak hidup-hidup, so kenapa cigar sebegini masih lagi ada di pasaran?  Kenapa produk sebegini tetap mempunya peminat yang tersendiri serta permintaan yang yang berterusan?

Hukum ekonomi mengatakan bahawa sekiranya ada permintaan, maka disitu ada penawaran. So sekarang jawapan anda telah terjawab.

                                             Sekadar gambar hiasan.. taken from Google

Cigar
Ape tu cigar? Terma yang selalu digunakan oleh masyarakat tempatan ialah curut. Sebenarnya ia tidak terlalu wajar untuk dipanggil curut kerana curut ataupun cheroot adalah produk yang berlainan daripada cigar. Kalau nak aku ceritakan lebih-lebih tentang definisinya disini, alamatnya WikiPedia tak boleh cari makan lagi. Kalau nak tau jugak ape tu curut atau cheroot, korang klik dekat link ni dan bace sendiri http://en.wikipedia.org/wiki/Cheroot

Cigar ade berjenis-jenis saiz atau dalam bahasa rasmi cigar dipangil 'vitola' dan cigar-cigar ini mempunyai kekuatan rasa yang tersendiri, dan perbezaan ini yang menentukan harga serta kualiti cigar itu sendiri. Ada cigar bersaiz Churchil, Corona, Coronoa Gorda, Pyramid, Panatela, Lonsdale, Torpedo dan yang lain-lain lagi. So cigar jenis macam ni memang korang takkan dapat dekat kedai 7-11 pasal diorang pun taknak amik risiko sebagai peruncit untuk menjual produk yang susah nak jual.

So, masalah aku sewaktu menghisap cigar adalah banyak! Sepadan dengan tajuk blog ni. Memang susah nak jadi smoker. Bukan nak mengeluh tetapi aku cuma hendak share dengan korang semua agar kita sama-sama dapat merenungkan senario-senario yang sering berlaku dikalangan masyarakat kita.

Masalah aku yang pertama ialah semasa aku menghisap cigar di kawasan public seperti di cafe, orang ramai yang lalu lalang akan melihat aku dengan penuh pelik. Kenapa? Aku malas nak terangkan kerana implikasinya sama juga seperti aku menghisap pipe. Mereka merasakan pelik. Tetapi setelah sekian lama aku perhatikan senario sebegini, aku pun dah malas nak ambil port tetapi hati ni masih lagi panas membara kerana macam mana pun aku akan merasakan kurang selesa.

Kalau aku lepak dengan kawan-kawan aku di Malaysia sambil menghisap cigar, ada sesetengah mereka suka menayangkan 'band' cigar diorang kepada umum. Disini aku nak tegaskan, walaupun korang hisap cigar yang berharga RM200 sebatangpun, memang tak perlulah korang tayang pasal orang sekeliling memang tak tahu pun harga cigar korang. Zino Davidoff ada menulis sebuah essei tentang etika menghisap pipe, salah satunya ialah membuka 'band' cigar itu sebelum membakar cigar. Ini semua adalah etika, dan kalau difikirkan lagi, aturan ini membuktikan kepada kita bahawa cigar adalah satu medium enjoyment bukan menunjuk.

                                                        Contoh band yang menyaluti cigar
                                            Sekadar gambar hiasan, Sumber daripada google

Masalah ini memang selalu berlaku, kerana pemahaman yang kurang serta tidak diberikan pendedahan yang menyeluruh terhadap cigar. Masalah kedua yang paling aku menyampah ialah semasa aku hisap cigar di kawasan public, ada sahaja orang yang datang duduk dekat meja aku sambil bertanyakan 'khabar' cigar aku. Aku tak pasti kalau korang pernah mengalami senario sebegini tetapi aku sering. Soalan yang biasa diorang tanya ialah seperti ini :- "Wow brader.. cayalah, kencang guwa tengok 'sigar' luu, guwa tak pernah tengok brand ni jual dekat 7-11 pun? Mane beli?" atau "Bro, lu punya 'sigar' bau best la.. bau macam Kopi Jantan, guwa tertarik habis la," sebenarnya ada banyak lagi soalan yang pernah ditujukan kepada aku tetapi aku tak sampai hati nak tulis dekat sini. Soalan seperti kenapa cigar aku tidak pernah nampak dijual di 7-11 adalah satu yang malas aku nak layan, selalunya aku cakap aku beli dekat 7-11 Ulu Yam, so, terang-terang mamat tu memang tak sampai hati nak pergi Ulu Yam untuk mencari cigar ni, kalau aku cakap harga cigar aku, memang dia ingat aku cakap bohong atau buat lawak, so baik aku ikut je rentak dia. Soalan kedua yang diajukan kepada aku memang tak boleh angkat langsung, seingat aku mase tu aku dekat Starbucks Ipoh Parade, Perak. Aku lepak sorang-sorang sambil layan buku, so, mamat sorang ni boleh confess dekat aku yang cigar aku ni bau macam kopi jantan, (errkk????) aku tak pasti apa maksud brother ni tapi yang jelas intonasinya tidak langsung menampakan dia sinis. Kenapa kopi jantan? (??????) Aku masih tak dapat mencari logik statement mamat ni. Setahu aku, bagi yang tidak menghisap cigar, mereka aku berasa kurang selesa dengan bau cigar kerana ia terlalu kuat serta menyengat.

Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan di Malaysia ialah sewaktu aku mula berjinak-jinak dalam menghisap cigar, aku tak tahu menahu yang kebanyakan orang tidak selesa dengan bau cigar pada waktu itu. Peristawa ini berlaku di Starbucks Aeon Jusco, Johor Bahru sekitar 3 tahun lepas. Aku macam biasa lepak sorang-sorang sambil melayan espresso dan buku aku sambil ditemani dengan sebatang Padron. So aku macam biasalah enjoy cigar aku dengan tenang di kawasan outdoor cafe itu. Kalau dah outdoor, memang tak salahlah untuk aku menghisap cigar, lagipun atas meja sudah disediakan ashtray. Sewaktu aku tengah syok melayan cigar tetiba ade sekumpulan awek duduk dekat belakang aku, baru sahaja diorang duduk, diorang pun terus "sound" diantara diorang dengan menggunakan tona suara yang tinggi, "perggggg... bau tak boleh tahan siaaaaal", OK, aku sudah faham, kata-kata LANCANG BINTI KURANG ASAM itu memang ditujukan kepada aku kerana ade 3 maja sahaja yang di-occupy pada petang itu, meja lagi satu terletak nun dihujung sana, so memang sah aku dah kena kutuk dengan sekumpulan awek itu tadi.

Persoalan pertama yang aku dapat fikirkan ialah kenapa minah-minah ni nak duduk meja dekat belakang aku? Jelas sekali banyak lagi meja-meja di Starbucks itu yang vacant, so why me? Kalau aku counter balik awek-awek itu tadi, memang pasti aku tak cool lagi, kalau aku teruskan jugak menghisap cigar, memang aku tunggu kena attack dengan aweks itu lagi, so ape yang aku buat? Blah je la.. Aku discuss isu ini dengan member-member aku dan mintak pendapat diorang tentang situasi yang baru aku hadapi, sememangnya, aku tak salah kerana itu adalah hak aku, tapi dari segi etika pula, aku perlu menitik beratkan sentimen-sentimen orang sekeling aku. So ape yang aku buat selepas kejadia itu? Aku teruskan juga tetapi sekiranya ada orang yang duduk memang betul-betul berhampiran dengan aku, maka aku akan berkata kepada mereka yang aku sedang menikmati cigar aku, serta berharap dia don't mind dengan aroma yang terhasil daripada cigar aku. Result daripada perbuatan aku ini memang sangat positif, kerana bukan sahaja aku bertindak sebagai seorang gentleman, tetapi aku juga telah membuat satu garisan halus kepada orang-orang sekeliling aku yang aku tetap akan meneruskan cigar aku tanpa dihalang.

Masalah seterusnya yang jarang aku hadapi tetapi aku nak share jugak dengan korang ialah sewaktu aku menghisap cigar, ade jugak mamat-mamat yang tak tahu malu cuba nak pau  aku, soalan yang biasa ditujukan kepada aku ialah seperti berikut :-
Soalah pertama
Q = Bro, boleh mintak rokok sebatang?
A = Sorry, aku tak hisap rokok, (sambil menunjukkan aku punya cigar case)
Q = Cerut ni pun bolehlah bro (sambil point dekat cigar case aku yang masih lagi ade balance cigar)
A = Aaa??? ( dalam hati aku, wadafak!!)

Soalan kedua
Q = Encik, encik hisap cerut eh? boleh pinjam cigar cutter tak?
A = You cigar smoker jugak ke? (dengan nada yang terkejut)
Q = taklah.. saya cuma nak potong rokok saya je.. panjang sangat
A = Aaa??? (wadafak! wadafak! wadafak!)

Soalan ketiga (sering aku kena satu masa dulu)
Q = Assalamualaikum, bro, amacam?
A = Waalaikumsalam, ok je (dalam otak aku tengah sibuk prosess data tang mane aku boleh kenal dengan mamat ni)
Q = Cayalah bro sekarang hisap cerut, ape bisnes?
A = Takdelah.. kecik-kecik je (otak aku kalini lebih gigih untuk prosess data)
Q = Bro, sebenarnya guwa ade story nak cerita ni (ekspresi wajah kini serius)
A = Ape story? (kali ni otak aku dah tak boleh nak prosess lagi.. redha je)
Q = Bley pinjam Rm50 tak, duit guwa cicir tadi, ni guwa pun belum makan
A = Aaa?? (aku tak tau nak maki ape lagi)

Ni adalah antara persoalan serta masalah yang aku hadapi dikalangan masyarakat. Salah siapa? Masyarakat? Aku? Kita? Cigar? Persekitaran? atau Gaya hidup? Selepas aku fikir-fikir kembali, takde siapa-siapa pun yang salah.

Masalah dengan persepsi masyarakat memang banyak. Tapi tak seteruk masalah attitude cigar smoker itu sendiri. Seperti juga pipe, para cigar smoker juga terdir daripada pelbagai lapisan sosio ekonomi, ada yang heavy smoker dan ada juga yang casual smoker. So apakah masalah yang sering aku hadapi dan perhatikan selama ini?

Ada cigar smoker yang belajar mengenali cigar melalui rakan mereka, ada yang melalui inisiatif sendiri dan ada juga yang memang takde kerja suka mencuba perkara yang baru. Golongan ini sangat penting kerana merekalah yang menyumbang kepada industri cigar di Malaysia ini, kalau bukan mereka yang beli, takkan kita nak harapkan Makcik Senah yang jual Nasi Lemak dekat hujung simpang tiga untuk membeli cigar? (kalau dia beli jugak tak tau la kan..)

Masalah pertama yang aku sering hadapi dengan cigar smoker yang tak skolah ini tentang prosedur. Kenapa? Adakah menghisap cigar memerlukan prosedur? Ya!! Setiap kali melepak dengan mereka (selalunya tidak dirancang), mereka sering tidak mempraktiskan aturan-aturan sebelum membakar cigar seperti memanaskan bahagian foot cigar itu, memotong head cigar dengan kemas dan mengelakkan penggunaan lighter jenis gas. Perkara basik dah fail. Ok, kalau salah, perkara pertama bagi seorang yang bertamadun ialah untuk membetulkan kesilapan, betul tak? So, aku akan share dengan diorang tentang teknik-teknik yang betul sebelum menghisap cigar, kebiasaanya, mereka akan berkata "bukankah hasilnya sama juga? Asap keluar dari mulut?". Basket!! Kalau dah perspektif sebegitu, nak je aku suruh dia pergi hisap corowong asap kapal Star Cruise, sama jugak hasilnya bukan? Bagi yang mendengar teguran aku, mereka akan follow nasihat aku, itupun hanya untuk haritu sahaja, hari lain buat lagi dan bagi yang kuat membantah, diorang memang ketawakan ujuran aku, (tak guna!!) Niat aku memang idealis, kerana aku harap para penggemar cigar di Malaysia dapat menikmati cigar dengan sepenuhnya serta hidup dengan pernuh kualiti.

Masalah kedua yang aku sering lihat ialah sewaktu mereka membeli cigar, bagi yang berkemampuan akan membeli cigar yang paling mahal dan bagi yang berkemampuan 'kecil' akan membeli cigar yang 'kurang' mahal. So ape masalahnya disini? Segelintir mereka membeli cigar yang mahal kerana mereka percaya yang cigar mahal adalah lebih tinggi kualitnya berbanding cigar yang kurang mahal, fakta ini sebenarnya hampir benar, tetapi sepatutnya, seorang smoker perlu tahu cigar jenis apa yang sesuai denganya, misal kata dia membeli Arturo Fuente Opus X, product sebegini memang tinggi nilainya, tetapi ianya full-bodied, terlalu keras, dan aku pernah nampak pakcik ni sampai pening kepala menghisap cigar ini, padahal cigarnya tidak langsung dihisap sampai setengah. Kan dah membazir, Opus X tu mahal tuu, aku pun enjoy produk ni bila ada event istemewa je.

Satu pengalaman aku sewaktu melepak di Kamelah Aeon, ada satu pakcik ni nak beli cigar, aku perasan pakcik ni tapi aku buat dono je pasal aku tengah syok melapak dekat lounge Kamelah sambil layan pipe aku. Tetiba telinga aku menangkap kata-kata pakcik itu, dia bertanyakan tentang produk cigar kepada salegirl disitu mana satu cigar yang paling mahal, macam biasalah, orang meniaga, mesti tolak barang yang super mahal kat customer, so pakcik ni belilah Cigar Davidoff ni sekotak, tak silap aku sebatang harganya RM150 so kalau sekotak 25 batang bersamaan dengan RM3750. So selepasa dia buat pembayaran, dia pun duduklah dekat lounge bertentang meja dengan aku, dengan penuh konfiden pakcik ni pun menghidu cigarnya seperti seorang preofesional sebelum dimasukkan kemulutnya. Tiba-tiba, selepas pakcik itu membakar cigarnya, aku pun terkejut tahap extreme. Bahagian cigar yang pakcik itu bakar bukanya bahagian 'foot' tetapi bahagian 'head' cigar itu.

Dalam sejarah pengalaman aku selama aku menghisap cigar, tidak ada lagi makhluk yang melakukan aksi yang sedemikian. So, dengan rasa penuh bertanggungjawab (ceh...) aku pun meghampiri pakcik itu konon-kononnya sebagai seorang yang peramah. Aku pun bertanyakan soalan umum kepada pakcik itu seperti bagaimana perasaanya serta penilaiannya tentang produk Davidoff? Apakah cigar kegemarannya? Lebih selesa dengan medium-bodied ataupun full-bodied? dan soalan-soalan cepu emas yang lain. Selepas aku interview barulah aku tahu pakcik ni adalah orang kaya yang baru berkecimpung didalam arena cigar, so aku dengan penuh budi-bicara serta tidak lokek dek ilmu pun menegur pakcik itu tentang cigar yang dibakarnya itu salah, sepatutnya head itu dipotong dahulu dan bahagian foot dibakar bukan sebaliknya. Mungkin dia pun paiseh denga aku, dia terus cakap, "ko ape tau? aku lebih tua dari kau, aku tau benda ni sebelum ko lahir.." (grrrrrrr, %$#$) ianya tidak berkesudahan disitu sahaja, pakcik tu continue complain aku dekat salegirl kedai itu dan cakap "mane punya sekolah dia belajar? Tak tau, tapi ada hati nak ajar orang!". Time tu memang aku dah hot, kalau mengiut kitab Dragon Ball, sepatutnya aku sudah bertukar menjadi Super Saiya, nasib baik awek kedai tu backup aku, (mentang-mentang aku regular customer) awek tu cakap balik dekat pakcik tu, "Encik, sebenarnya saya dah nampak ape yang encik buat tadi, memang salah pun, saya nak tegur jugak, tapi serba salah, yang tegur encik tadi tu memang expert dalam bidang ni." (Sekali kembang hidung aku sekejap) Lepas dengar je penjelasan awek kedai itu tadi, pakcik itu dengan langkah selamba ambil cigar-cigarnya dan terus chow dari situ, tidak lagi diketahui nasibnya selepas itu.

Akan tetapi.. tidak selalu aku bernasib malang. Kerana aku sering jugak berjumpa dengan golongan-golongan yang bertamadun. Bagi aku, golongan sebegini adalah paling cool, kerana mereka sangat profesional dan tahu apa yang mereka sedang lakukan.

Seingat aku sewaktu aku berada di Trinidad Cigar, Pavillion, Kuala Lumpur, aku ada berkenalan dengan sekumpulan cigar enthusiast, kami bertukar-tukar pendapat serta pandangan tentang produk cigar yang berada dipasaran dan perbualan kami diteruskan sehingga ke Coffee Bean Pavillion sambil bersama-sama menikmati Montecristo No.1. Ini baru dikatakan smokers yang sebenar kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan dan memahami serta mendalami kualiti yang terkandung dalam setiap cigar yang mereka nikmati.

Seperti apa yang aku katakan tadi, aku seorang yang idealis, aku memang mengharapkan smokers di Malaysia dapat menikmati produk-produk tembakaunya dengan sepenuhnya. Faktor ini juga yang membuatkan aku mewujudkan blog ini agar info yang aku perolehi dapat dikongsikan bersama. Aku tetap optimis terhadap industri cigar and pipe tempatan. Ramai rakan-rakan pipe dan cigar aku di Malaysia yang berada di landasan yang betul, dan aku memang sangat selesa berada bersama mereka yang mentikberatkan aspek kualiti. Bagi yang masih berkeras untuk berpegang kepada status quo.. lantak korang la.. jangan sampai aku jumpa korang, nanti sia-sia saja korang masuk blog ni.


                                              Aku menyampah dengan mamat ni.. korang kenal?

p/s: Smoke Less But Meaningful

Monday, October 4, 2010

Susahnya Menjadi Seorang Smoker Part 1


Bila sebut sahaja pasal tembakau dan produk-produk seangkatan denganya, pasti wujud satu aura negatif dikalangan golongan-golongan bukan smoker di mana-mana sahaja di serata pelusuk dunia ini. Mereka terus condemm habis-habisan tanpa sebarang keraguan. Kenapa? Menjejaskan kesihatan? Bahaya pada jantung dan paru-paru? Satu pembaziran? Bukan trend lagi?

Tipu sekiranya aku mengatakan disini bahawa para smokers tidak mengetahui akan bahaya tembakau. Bohong besar sekiranya aku mengatakan yang produk-produk tembakau tidak langsung memberikan sebarang kesan negatif kepada kesihatan. Kalau begitu, kenapa masih banyak lagi orang yang menghisap rokok? pipe? ataupun cigar? Kenapa masih lagi ada golongan hardcore yang tidak mahu berhenti?

Modal insan atau dalam terma Inggerisnya 'Human Capital' adalah sangat penting untuk sesebuah negara, kerana modal insanlah yang menggerakkan negara dalam aspek sosial serta ekonomi, maka oleh yang demikian, kerajaan-kerajaan serta pemerintah di kebanyakan dunia maju mengimposkan cukai tembakau kepada rakyatnya, dan cukai itu akan terus aprisiasi.

Hari ini adalah hari rasmi bagi kenaikan baru harga rokok di Malaysia. Bagi yang menghisap rokok seperti Dunhill, Marlboro, Mild Seven atau yang seangkatan dengannya, harga rasmi adalah sebanyak RM10 sebungkus dan bagi Lucky Strike dan Camel pula adalah sebanyak RM10.40. Suatu anjakan harga yang drastik jika diimbau kembali harga rokok pada setuluh tahun yang lepas. Aku lebih gemar memberikan terma hiperinflasi (hyperinflation) tembakau dalam konteks ini.

Tidak diketahui pula disini sama ada cukai tembakau pipe dan cigar mengalami kenaikan yang sama tetapi situasi ini jarang berlaku kerana objektif sasaran utama adalah pada rokok kerana rokok merupakan produk yang senang dibeli oleh golongan bawah umur.

Bila difikir kembali, tujuan pengekangan penjualan rokok kepada pengguna bawah umur adalah sangat wajar kerana mereka tidak sepatutnya MEROKOK. Sungguh hipokrit sekiranya aku tidak menyatakan disini yang pada zaman persekolahan dahulu aku jaga adalah seorang perokok. Dan pada usia sebegitu, aku tidak langsung memahami apakah logiknya pengekangan golongan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat terhadap kami yang merokok. Tapi senario ini biasa pada golongan-golongan bawah umur kerana mereka masih lagi darah muda dan naif dalam subjek dunia dan subjek tata tertib.

Kenapa susahnya menjadi seorang smoker?

Kenaikan cukai, kawasan-kawasan larangan merokok yang makin bertambah dan sebagainya, dan bagi penghisap pipe dan cigar pula adalah faktor fasiliti peruncit yang terhad, harga yang mahal dan pandangan pelik oleh masyarakat.

Aku telah mengisap rokok sejak usia 13 tahun dan menghisap pipe dan cigar semenjak 4 tahun lepas. Dan disini aku berani mengatakan aku sudah masak dengan senario-senario pandangan masyarakat di negara kita Malaysia.Aku ingin berkongsi sedikit pengalam aku disini agar kita dapat memahami serta membuat penilaian peribadi sendiri. Di sini aku tidak perlu menceritakan tentang pengalaman merokok aku.

Pipe
Setiap kali aku lepak di cafe-cafe semenanjung Malaysia, mesti ada pakcik atau makcik serta golongan brother-brother dan awek-awek yang memandang pelik pada aku. Kenapa? Nak dikata aku hensem, kenapa tak mintak autograph aku ke atau ambil gambar aku? Tembakau kegemaran aku adalah jenis aromatic, jenama seperti Devil's Holiday dan Da Vinci memang produk yang wajib dalam stok harian aku. Kawan-kawan pipe aku kata tembakau ini merupakan 'girls magnet' atau dalam bahasa ibundanya magnet awek. Kenapa? Kerana aroma yang terhasil daripada pembakaran tembakau ini adalah sangat wangi dan distingtive, so, kalau awek-awek terbau aroma ini, maka dengan automatiknya mereka akan tercari-cari gerangan siapakan yang mengeluarkan bau harum sebegitu. (ceh, ayat poyo tul aku ni). Seingat aku, ade aku membuat penerangan terhadap Devil's Holiday di page yang lepas, bagi yang belum membacanya, klik sahaja disini http://msianpiper.blogspot.com/2010/02/ulasan-tembakau-devils-holiday.html . Masalah aku setiap kali aku menghisap pipe di khalayak ramai, mangkuk-mangkuk yang melihat aku memang macam tak pernah tengok orang. Mereka melihat aku dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Aku pun seorang manusia jugak, bukannya binatang dekat zoo yang boleh ditengok-tengok. Apa salahnya tegur aku ke? Belanja minum ke? Mesti aku tak marah, betul tak?

Masalah yang aku hadapi ini bukan hanya aku sahaja yang mengalami, kebanyakan rakan-rakan pipe aku pun menghadapi perkara yang sama, jadi apa yang mereka buat? Buat bodoh je.

Bila aku lepak sorang-sorang sambil baca buku dan melayan pipe aku, kadang-kadang ade jugak mangkuk-mangkuk yang datang kepada aku dengan memberikan teguran yang tidak membina. Ada satu masa tu ada seorang aunty cakap kat aku dangan tanpa memberikan salam, di cakap "boy, why you smoke this thing? not suite you laa, you still young, smoke cigarrette la," Aunty ni betul-betul telah menghilangkan mood aku dengan bercakap denga tona setinggi 400 desible sehinggakan satu cafe boleh dengar. Kalau nak diikutkan prinsip Dragon Ball aku, dah lama aku bagi kame-hame-haaaaa dekat aunty tuu, tapi aku senyum je, apekan daya.
Ini salah satu kesusahan yang aku hadapi daripada masyarakat. Masalah yang aku hadapi dikalangan rakan-rakan pipe pula lebih sakit hati.

Selalu kitorang akan buat gathering di beberapa cafe di kawasan ibu kota, gathering ini selalu diadakan bagi merapatkan kelompok kami yang kecil serta bertukar-tukar pandangan serta informasi. (Tukar pipe tak dapat beb) Pada suatu hari seingat aku di Sunway Pyramid Coffee Bean, pada masa itu Coffee Bean terletak dikawasan luar, boleh smoke disana bukan macam sekarang diorang pindah indoor. So, bila dah gathering, macam biasalah, kitorang pun keluarkanlah pipe-pipe masing masing, tujuan utama ialah untuk menayang. (Biasalah, lelaki mesti nak tayang siapa punya lebih power, betul tak?) Pada hari itu, rakan aku Proffesor Subash sponsor tembakau untuk kitorang rewang. Kalau tak silap aku dia sponsor Davidoff, 3 tin 50g habis clean and clear. Yang aku tak puas hati ialah pada masa aku keluarkan pipe aku, member-member lain tengok aku dengan perasaan pelik bin konfius. Aku pun merasakan pelik kerana aku cuma mengeluarkan pipe Winslow baru aku je, memandangkan ada tembakau baik seperti Davidoff, alang-alang baik aku terus buat break-in pipe ni terus. Salah seorang daripada mereka mencelah dah menegur aku, dia tanya "apsal kau punya pipe pelik sangat? Selalunya ko hisap jenis billiard, semejak bila ko pakai pipe jenis exotic design? Kau tak perasan ke yang orang ramai semua tengah dok pandang ko?" Hampeh! Yang aku tak boleh tahan bila dia cakap "Kau tak perasan ke yang orang ramai sedang dok pandang ko?" Kalau dah 12 orang dewasa lepak dekat Coffee Bean sambil hisap pipe, memang la menjadi perhatian orang ramai, sah-sah member aku ni tak pernah lulus subjek logik kat sekolah. Bukankah sama-sama smoker kena support geng sendiri? bukannya aku hisap pipe air ataupun pipe ekzoz kereta kancil, aku beli mahal tau.

                   Nilah rupa pipe Winslow aku

So ini masalah pertama, yang keduanya pulak diorang ni memang tak belajar sivik, kalau nak hisap pipe mestilah bawak peralatan pipe sekali, asyik-asyik mintak aku pipe cleaner ngan filter. Kalau macam ni selalu aku dah boleh bukak satu kedai jual pipe. Benda basik pun diorang tak amalkan. Nasib baik lighter dengan temper diorang bawak sekali, tapi kadang-kadang mintak orang jugak.

Masalah yang ketiga yang aku memang langsung tak boleh nak angkat apabila para pakcik-pakcik pipe smoker kita gunakan terma-terma yang tersendiri dan mempertahankan terma mereka tanpa mahu menyedari kesilapan mereka. Contohnya seperti bahagian bowl pipe, diorang akan kata 'dapur' dari mana datangya logik dapur itu pun aku tak tahu, bila aku cakap bowl diorang cakap aku ni tak betul, salah dapat ilmu. Kalau setakat stem pipe tu diorang bagi terma 'batang pipe' tu aku masih boleh terima la jugak pasal ade sedikit logiknya, tapi kalau 'dapur' memang aku tak boleh angkat tahap maksima. Aku story kat member aku kat UK yang juga seorang pipe smoker, aku cakap kat dia, "do you know what my Malaysian friends called the pipe bowl? They called it 'the kitchen' Secara rasmi lawak ni jadi joke of the week dekat Gentleman's Pipe Club Essex mid. (tak tau la kalau korang anggap ni tak lawak, kalau tak paham lupakan, la la la) Bukan setakat terma DIY yang diberikan oleh pakcik-pakcik ini, mereka juga mencipta petua-petua untuk pipe.

Ada suatu masa dahulu, aku lepak di Kamelah Aeon Jusco Tebrau sambil menikmati Romeo Y Julietta, tetiba entah macam mana aku boleh 'terbebual' pulak denga pakcik dekat sebelah aku, dengan selamba dia bagi aku petua macam mana nak memaniskan pipe, so, petua pakcik ni ialah dengan menyapukan milo ataupun nescafe sesudah menghisap pipe. Araikian, sekiranya mengamalkan petua ini, maka pipe itu akan terasa seperti minuman kegemaran anda. Aku tak tau nak cakap ape, rasa macam nak hantuk dinding 14 kali dengan kelajuan 120kmh. Mungkin nanti kalau aku dah kawin, aku nak sapukan pipe bowl aku dengan tongkat ali, so tak payah la aku minum selalu (nanti orang ingat aku gila seks). lol. Aduhai pakcik, nak maniskan pipe cuma boleh pakai madu, garam dan alkohol ataupun gunakan pipe sweetener yang dijual di kedai-kedai pipe sahaja. Tang mana bestnya rasa milo semasa hisap pipe, aku masih tak dapat mencari logiknya.

Satu lagi pengalaman aku ialah semasa aku di boutique Davidoff di Starhill, Kuala Lumpur. Tujuan pergi kesana untuk membeli cigar, entah macam mana aku boleh terbebual dengan salah seorang pelanggan disana, seorang Datuk (malas aku nak cakap nama nanti kena ban), sedap-sedap punya berbual pasal produk Davidoff ni, tetiba di keluarkan pipe dia untuk showoff kat aku, (ceh) aku belek punya belek pipe dia pastu aku terperasan yang didalam bowl dia ade sekeping duit syling 5 sen dimana ditengah-tengah duit syiling itu ditebuk satu lubang kecil, (macam mane agaknya dia tebuk? Satu misteri) Aku tanya untuk ape duit syiling ni? Dia dengan selamba cakap untuk filteration. Aduh.. sedih aku dengar. Baik-baik dekat bahagian stem dah ade filter, apsal nak tambah penyakit? Hasil pembakaran tembakau ditambah pula dengan substance syiling tu adalah sangat merbahaya. Aku memang tak pandai subjek kimia, tapi secara logik, memang tak wajar untuk gunakan syiling sebagai penapis tembakau.

Macam-macam perangai dan ragam pipe smoker di Malaysia. Kalau aku nak ceritakan lagi, alamatnya panjang lebarlah page ni.. nanti korang pun bosan. Kadang-kadang senario ini sangat melucukan dan kadang-kadang menyakitkan hati. Nasihat aku untuk para pipe smoker yang baru join dalam arena ini,korang jangan memandai-memandai dalam segala aspek, kalau tak tau, pergi belajar kat internet ataupun tanya kat aku, mesti aku tolong jawabkan segala kemusykilan korang, kalau tak tau macam mane nak email aku, korang tanya la dekat kedai tempat korang beli pipe, diorang mesti tau, (tak jugak, kalau salesgirl yang korang tanya, hmm.. hampeh), lagi satu, korang buat bodoh je dengan tangapan masyarakat, kalau boleh jangan jadi closet smoker yang cuma hisap pipe sembunyi-sembunyi dekat rumah tetapi keluarlah, lepak bersama-sama orang awam. Tujuan utama korang hisap pipe adalah kerana kesedaran korang terhadap kualiti, kualiti tembakau serta kualiti hidup. Setakat ni aku belum pernah dengar lagi penghisap pipe kena buli disebabkan menghisap pipe, kalau ada, korang email kat aku sape, biar aku pergi lempang mamat tu.

p/s Ulasan untuk Cigar ada dibahagia kedua, tak dapat aku nak sambung dekat sini pasal tetiba saja aku menjadi sibuk.. ok.

Tuesday, September 28, 2010

Padron Family Reserve No. 45


Padron Family Reserva No. 45

Sesuatu yang unik mengenai Padron ialah pada struktur daunnya yang kering serta keras. Mungkin pada mulanya, bagi pendatang baru kepada jenama Padron akan meragui stuktur asal cigar ini sama ada ia dikilangkan pada keadaan sebegini ataupun teknik pelembapan humidor yang tidak betul. Akan tetapi, perbezaan Padron ini yang menjadikan rasanya yang unik serta mengandungi pelbagai perwatakan dalam setiap hembusan.
Jenama yang tidak asing lagi, Padron adalah antara pengeluar terbaik didunia yang berasal daripada Nicaragua, selain daripada Joya de Nicaragua dan pengeluar-pengeluar lain di Nicaragua. Struktur cigar ini lebih kepada full-bodied, dimana rasanya adalah sedikit keras and kuat. Adalah diketahui disini bahawa Padron Family Reserve No. 45 mengunakan seco dan ligero bagi ramuan blend fillernya and ligero untuk binder serta wrapper. Atas sebab ini maka tekstur cigar ini amat kompleks serta keras. Berdasarkan keadaan geografi Nicaragua dan komposisi tanahnya, tidak hairanlah daun tembakau daripada Padron memiliki ciri-ciri unik, tambahan pula daun tembakau ini melaui proses fermentasi yang ketat selama 10 tahun bagi miningkatkan rasanya.
Saya berpeluang untuk menikmati Padron pada beberapa minggu lepas, secara jujurnya ianya terlalu keras untuk saya kerana pada pembakaran awal saya dapat mengesan ligero yang pekat serta kuat. Akan tetapi, walaupun pada awalan pembakaran terlalu keras hasil daripada blendnya yang mengandungi ligero, tetapi pelbagai karakteristik wujud seiring dengan setiap hembusan, dapat dikesan disini ciri-cici creamy, spicy, nutty serta earthty. Pelabagai ciri karakteristik dalam setiap hembusan membuakan saya sangat tertarik sambil memahami struktur binder cigar ini.
Padron Family Reserva No. 45  bersaiz toro vitola (6" x 53 gauge) adalah sangat selesa ditangan. Reka bentuk asal parejo tidak perlu dihiraukan. Diingatkan disini bahawa jangan memoting cigar anda dengan V shape cutter atau cigar puncher tetapi gunakan cutter jenis guillotine ataupun gunting cigar kerana pada bahagian head cigar akan menakungkan kesan tar serta nikotine yang akan menyebabkan rasa istemewa Padron ini hilang.

Monday, September 27, 2010

Perubahan Kandungan Blog

Salam smokers...

Terlebih dahulu ingin saya memohom maaf kerana tidak sering membuat ulasan terhadap blog ini atas sebab komitmen kerja yang terlampau banyak. Saya harap pada masa hadapan, akan ada banyak masa dan peluang untuk saya memberi ulasan dan pendapat terhadap produk-produk tembakau yang berada dipasaran.

Disini saya juga ingin membuat satu pengumuman dimana blog ini tidak hanya akan memberi pendapat serta ulasan terhadap pipe sahaja, malahan untuk cigar juga kerana beberapa pembaca blog ini meminta saya menyerapkan sedikit maklumat tentang cigar.

Oleh kerana saya juga seorang penggemar cigar, maka saya tidak hanya akan mengulas sedikit tetapi lebih mendalam agar ilmu yang kita perolehi dapat diaplikasikan untuk menikmati produk tembakau kita dengan lebih efektif.

Sekiranya ada sebarang pandangan atau soalan terhadap sebarang topik mengenai pipe dan cigar. Sila email terus kepada saya dan semoga saya dapat membantu saudara sekalian.

Saturday, February 13, 2010

Ulasan Tembakau: Solani Aged Burley Flakes


Denmark sememangnya tidak dapat disangkal lagi sebagai diantara pengeluar tembakau pipe yang hebat. Dapat kita lihat dimana produk terbaik tembakau banyak dihasilkan daripada Denmark. Seperti Solani.

Saya hanya pernah menikmati satu sahaja produk keluaran Solani iaitu Aged Burlay Flakes, dibeli dengan secara tidak sengaja sewaktu saya membeli pipe baru. Memang menjadi tabiat saya setiap kali membeli pipe baru, saya akan membeli tembakau yang belum pernah dicuba sekali. Ia seperti satu ritual.
Diskripsi daripada produk ini menarik perhatian saya, tertulis di penutup tin ini bahawasanya tembakau ini adalah adunan daripada tiga jenis tembakau jenis burley yang berasal daripada Kentucky, Brasil dan Malawi.

Sememangnya kita mengetahui bahawa Burley merupakan tembakau yang menghasilkan pembakaran yang smooth dan lembut, serta mengandungi ciri-ciri unik dan menarik dalam aroma dan rasa. Tambahan pula, Solani's Aged Burley Flakes diproses dengan teknik air-cure bagi membenarkan proses fermenasi semulajadi tembakau ini. Gabungan tiga jenis burley daripada tiga buah negara adalah satu tindakan yang bijak kerana kombinasi rasa adalah sangat menakjubkan.

Flakes adalah salah satu kegemaran saya. Solani Aged Burley Flakes tidak terlalu lembab dan saya lebih menyukai sekiranya tidak melakukan sebarang pengeringan. Hasilnya tetap hebat. Saya gemar mengosok tembakau jenis flakes ini kerana ia akan mengasilkan aroma yang kedua. Akan tetapi, ia bergangtung kepada anda, sekiranya anda lebih menggemari tembakau ini digulung (diuli) sehinga menjadi bentuk bola yang kecil ataupun menceraikanya menjadi broken flakes, ia adalah cita rasa masing masing kerana hasil akhir produk ini tetap hebat.

Pertama sekali sewaktu saya mencuba Solani's Aged Burley Flakes, aroma yang terhasil daripada tembakau ini sebelum pembakaran seakan-akan seperti aroma chocolate bercampur dengan aroma pokok pine dan kayu-kayu yang telah dioksidakan. Pengalaman ini membuka selera saya dengan lebih luas lagi untuk menyelami rahasia tembakau ini. Pada pembakaran false light, impak pembakaran adalah sangat ketara, saya dapat merasakan kelembutan tembakau ini. Bagi mendapatkan rasa yang lebih tepat, saya membiarkan pipe saya direhatkan selama dua hingga tiga minit selepas false light sambil menghirup air mineral agar segala konteminasi bahan-bahan lain tidak mengganggu ulasan saya terhadap tembakau ini. Pada pembakaran true light, saya membuat beberapa hembusan daripada pipe Peterson's Aran saya sambil menangkap aroma lembut serta earthy daripada tembakau ini.

Hasilnya tidak kompleks, tidak rumit untuk difahami, dan senang untuk dinikmati serta dihayati. Saya merekomendasi tembakau ini.. Harus cuba!!

Thursday, February 11, 2010

Ulasan Tembakau: Devil's Holiday



Sudah lama saya mencuba tembakau ini akan tetapi tidak pula terfikir untuk berkongsi ulasan saya tentang temakau ini. Peristiwa empat hari lepas sewaktu saya bermesyuarat dengan beberapa orang rakan-rakan pelabur saya, sahabat saya Dr. Anurag 'merewangkan' tembakau ini kepada kami, setelah sekian lama tidak menikmati tembakau ini, saya begitu teruja.

Seingat saya, kali terakhir saya menikmati tembakau ini sewaktu saya terbang daripada Singapura ke Hong Kong pada tahun 2008, dibeli daripada Kamelah Tobacco House Johor Bahru dengan harga RM45 untuk 50g. Membeli dua tin 50g untuk stok selama 3 minggu, sayangnya ia hanya mampu untuk bertahan selama dua minggu sahaja..lol (terlalu sedap) Ia merupakan satu memori yang nostalgik bagi saya.

Seperti biasa, blender untuk tembakau ini merupakan Dan Tobacco, (master blender yang terbaik didunia) Tembakau ini hanya boleh diklasifikasikan sebagai misteri yang menakjubkan.

Adakah sangat keterlaluan untuk saya mengatakan ia sebagai misteri yang menakjubkan? Mungkin terlalu bombastik tetapi di dasar realiti, sememangnya Devil's Holiday adalah sangat misterius.

Tidak seperti tembakau-tembakau yang lain yang saya ulas, Devil's Holiday menggunakan teknik fire-cured, faktor ini berkemungkinan mewujudkan kualiti tembakau yang sangat hebat serta aroma yang mempunyai ciri-ciri rahasia tersendiri. Cuma black cavendish dan virginia sahaja yang digunakan dalam adunan produk ini, black cavendish mempunyai ciri-ciri berkrim dengan hint vanilla bersatu dengan virginia yang lembut serta fluffy menghasilkan perasaan hutan tropika dengan bau-bauan kayu dan berry. Dipotong didalam bentuk kasar atau course-cut, sekiranya and twist secubit tembakau ini, maka aroma intipati tembakau akan lebih meriah.

Kadar kelembapan tembakau ini tidak terlalu lembab tetapi saya menyarankan untuk dikeringkan secara rata tembakau ini untuk tempoh 15 hingga 20 minit bagi mendapatkan pembakaran yang lebih mantap.

Dari pada mula pembakaran hingga ke akhir, tiada satu ucapan kutukan dapat saya ungkapkan terhadap tembakau ini. Bukan kerana saya taksub dengan tembakau ini, tetapi secara jujur ianya sangat hebat. Aroma room note adalah sangat selesa, membuatkan orang ramai tertanya-tanya daripada mana asal-usul bau ini, asap pembakaran tidak terlalu keras sejajar dengan tembakau ini yang berjenis aromati dimana tidak terlal keras, ianya sangat sesuai untuk dinikmati untuk golongan beginner mahupun otai pipe.

selamat mencuba!!

Monday, February 1, 2010

Pipe : Budaya, seni, status dan komuniti



Ingin saya lebih menekankan didalam article ini mengenai pra-konsep serta pemahaman masyarakat majmuk mengenai PIPE.

Seringkali bagi sesiapa sahaja, apabila bercakap mengenai pipe, mereka mempunyai konsep yang sama dimana para pengisap pipe merupakan orang tua, orang kaya, golongan konglomerat atau pelbagai lagi spekulasi pemahaman masyarakat. Adakah pemahaman sebegini benar?

Saya masih berusia dalam lingkungan 20'an dah telah menceburi seni pipe selama hampir dua tahun. Seringkali apabila melepak di cafe atau mamak, para pelanggan lain akan memerhatikan saya sambil tersengih. Pada mulanya saya merasakan tidak selesa dengan senario yang sedemikian, ini kerana saya mengerti bahwasanya mereka yang memerhatikan saya memberikan pelbagai persepsi terhadap saya. Negatif mahupun positif, saya akan tetap menjadi pusat tumpuan mereka untuk dibualkan.

Persoalan di sini, adakah budaya pipe hanya layak didominasikan oleh golongan tua? Adakah golongan tua lebih sesuai mengayakan pipe di bibir mereka berbading golongan muda? Secara jujur, ia tidak terlalu adil.

Senario terbaru yang saya hadapi adalah pada minggu lepas sewaktu saya melepak di Kamelah Tobacco House Aeon Tebrau, di dalamnya terdapat cafe bagi para pelanggan menikmati produk tembakau mereka. Sambil menghirup kopi saya dan menikmati tembakau Davidoff Blue Mixture, saya didatangi oleh seorang pelanggan. Pelanggan itu dengan tidak mempunyai adap menyapa terus bertanya kepada saya "wah, you are so young, why do you smoke pipe?, you are very young, only old people or retired people smokes pipe"

Secara jujur, saya benci akan statement sedemikian, lalu saya menjawap sapaan beliau dengan bertanyakan adakah perlu sesebuah had umur bagi menikmati pipe? adakah perlu menjadi tua baru layak menikmati pipe? dan lalu saya menyuruh beliau untuk tidak menggangu saya.

Sangat bodoh bukan? Sangat bodoh untuk bertanyakan kepada seseorang dengan soalan yang sedemikian kerana ia tidak munasabah. Mungkin barangkali, golongan sedemikian kerap menonton tv dan mendapati watak pengisap pipe hanya dilakonkan oleh pelakon tua sahaja. Saya ingin menekankan disini bahawa pipe merupakan satu budaya, seni, status dan komuniti.

Badaya pipe merupakan satu budaya antarabangsa. Ia lebih organize berbanding dengan penghisap rokok. Budaya pipe hanya didominasikan oleh golongan-golongan yang peka terhadap kualiti dan kesempurnaan.Sekiranya seseorang itu ingin menikmati pipe, biarkan sahaja, itu adalah hak masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan pemerhati-pemerhati mahupun orang yang sedang lalu lalang.

Saya tetap bertegas mengatakan bahawa budaya pipe merupakan satu seni. Seni yang akan kerap kali diperbaiki dari semasa ke semasa oleh para penghisap pipe.

Satu penerangan klasik yang sering saya gunakan untuk menerangkan tentang seni pipe. Sewaktu anda menikmati makanan? adakah anda makan dengan lahap atau menikmati setiap intipati yang dimiliki oleh makanan itu? Adakah anda mengasingkan rasa bahan-bahan makanan seperti garam? lada hitam? serai? limau nipis dan sebagainya? Adakah anda mampu untuk mengaprisiasikan makanan yang yang anda nikmati? Apakah yang dapat anda capai dengan aprisiasi makan itu?

Konsep penerangan ini adalah sangat mudah untuk difahami. Kerana sekiranya anda menghargai makanan itu, anda mampu untuk menikmati makanan itu dengan lebih menyeluruh, cita rasa anda yang peka akan membuat anda lebih menghargai nikmat makanan. Ia sama juga dengan konsep seni menghisap pipe.. Seseorang penghisap pipe mesti mengetahui tembakau jenis apa yang dibeli dan dinikmati, apakah isi kandungan tembakau itu dan klimaks apresiasi tembakau itu akan berjaya sekiranya anda mampu untuk menilai dan menghargai sesuatu produck tembakau. Ia merupakan satu seni, seni yang memerlukan masa untuk diasah, supaya tahap aprisiasi berada ditahap yang tertinggi.

Sekiranya anda gagal dalam memahami konsep ini, maka tidak perlu lagi untuk menghisap pipe, tidak ada gunanya, lebih baik membeli rokok kerana rokok tidak perlu sebarang skill ataupun teknik, cuma bakar dan buang, tidak ada penghujung. Sekiranya anda menghisap pipe tetapi berkeras tidak mahu mengubah konsep dan persepsi pandangan anda terhadap pipe, dengan secara kasar saya menyeru supaya berhenti daripada menghisap pipe. Pipe tidak hanya sekadar medium untuk membakar produk tembakau. Ia merupakan seni yang unggul.

Pipe yang dihisap merupakan satu rekaan seni halus yang unggul, dari segi aspek keseimbangan, ketelitian dan keistemewaan peribadi diantara pipe dan pemiliknya. Rekaan-rakaan daripada Hiriyuki Tokotumi, Tsuge dan Winslow sering mengetengahkan rekaan pipe jenis ekzotik, manarik untuk dipandang, selesa untuk dipegang tetapi amat pelik sekirang melihat pipe itu dihisap. Apakah yang dikatakan pelik? Perlukah pipe itu sendiri harus menepati piawaian rekaan konvensional? perlukan pipe itu sendiri diiktiraf sebagai pipe sekiranya rekaannya billiard ataupun bent-billiard?

Pernah pada satu ketika dahulu saya di Coffee Bean Sunway Pyramid melepak bersama-same dengan sahabat-sahabat pipe saya dan pada waktu itu saya membewa bersama saya pipe jenis Winslow, dan sahabat yang lain hanya menggunakan jenis bent-apple ataupun billiard, hampir semua yang lalu lalang memerhatikan pipe saya sambil ketawa dan tersengih sendirian.. GILA!! Saya tidak mengerti akan apa yang menggelikan hati mereka? Adakah pipe Winslow saya begitu menarik perhatian mereka?

Tetapi bagi rakan-rakan pipe saya mempunyai pendapat dan perspektif yang berbeza mengenai pipe saya. Mereka mengagumi pipe saya kerana ia merupakan satu hasil seni yang cantik and tinggi. Ukiran serta keseimbangan pipe itu sendiri membuatkan mereka cemburu. Dan senario ini yang melambangkan status penghisap pipe.

Status bukan bermakna seseorang itu mampu untuk memiliki 20-30 pipe daripada Dunhill ataupun orang kaya atau kenamaan yang menghisap pipe. Status bagi para komuniti penghisap pipe terletak pada pipe yang dimiliki, citarasa peribadi penghisap pipe dan kebanggaan penghisap pipe itu sendiri. Pipe hanya sekadar medium untuk membakar produk tembakau, jika secara kasar, kita dapat nilaikan pipe di dalam konteks yang sedemikian, akan tetapi bagi penghisap pipe itu sendiri, pipe yang dmiliki adalah satu cerita romantik, kisah peribadi diantara pipe dan pemiliknya.

Harus saya tegaskan disini bahawa pipe adalah simbol kelelakian dan didominasikan oleh kaum lelaki. Pipe adalah satu status peribadi seseorang itu yang seringkali mengejar kesempurnaan didalam hidupnya dan kesempurnaan didalam aspek kualiti. Benar, pipe itu adalah satu kualiti. Tidak boleh disangkal ataupun dinafikan.

Menghisap pipe di khalayak ramai bukanlah satu jenayah ataupun lawak kepada masyarakat. Situasi ini tidak di-ditermerminasikan oleh saya sahaja. Ia adalah satu konsep normal di negara kita. Dan ianya satu penyakit yang sukar diubah. Sewaktu saya menaip artikel ini, sudah ada beberapa pelanggan di Kamelah Tobacco House Aeon Tebrau Johor Bahru yang melihat dan memerhatikan saya dengan perasaan jakun dan pelik. Apa yang mampu untuk saya lakukan? Memarahi mereka? Untuk apa melayan orang gila!

Satu komuniti. Bukan bermaksud ia perlu berada di landasan yang sama pandangan dan konsep pemahaman sejajar. Satu komuniti juga bukan bermaksud satu penubuhan ikatan rahasia diantara para penghisap pipe. Ia merupakan satu platform bagi para penghisap pipe berkongsi pengalaman, memperbaiki teknik masing-masing dan menghormati sesama lain.

Adakah kata-kata saya terlalu idealist? Saya tidak berfikir sebegitu, komuniti yang unggul memiliki aspek-aspek yang mantap.

Pipe semestinya suatu budaya, seni, status dan komuniti, ia adalah satu kesempurnaan yang dicari and diadaptasi. Kosekuensi intepretasi masyarakat akan terus berlaku, zaman kini tidak lagi seperti 60 tahun yang lepas, tetapi saya masih optimis dengan pendangan idealis saya bahawa persepsi pipe akan berubah. Kita tidak perlu mengubah masyarakat, kita hanya perlu bangga dengan apa yang kita hargai dan aprisiasikan. Imarahkan lagi budaya ini kepada masyarakat dan tunjukkan pada mereka bahawa kita merupakan seniman didalam konteks kita sendiri, maka sudah tentu suata masa nanti kosa-kata mereka akan berubah sejajar dengan persepsi bahawa pipe merupakan Budaya, Seni, Status dan Komuniti

Wednesday, January 27, 2010

Ulasan Tembakau: Rattray's Hal O' The Wynd


Terlalu sibuk untuk meng-update ulasan tembakau buat masa kini kerana terlalu banyak kajian-kajian ekonomi yang sedang dijalankan bersama-sama dengan alumni LSE, kajian terhadap ekonomi Brasil juga memberikan impak dan ulasn positif dari pelbagai pihak, saya akan berkongsi kajian ekonomi terbaru mengenai Brasil didalam blog www.crazysexyeconomy.blogspot.com sekiranya sahabat-sahabat saya pulang daripada Brasil.

Tetapi disini saya tidak ingin berkongsi tentang kajian saya tetapi ulasan tembakau saya yang ingin saya berkongsi bersama dengan para pipe aficionados. Terbaru saya telah mencuba Ratray's Hal O' The Wynd di Kamelah Tobacco House. Terasa bosan menikmati tembakau aromatik, saya menukar kepada English Blend atau lebih biasa digelar non-aromatik.

Sebelum saya membuat ulasan adalah lebih baik seriranya pipe dibersihkan dahulu dan di-maniskan terlebih daluhu untuk mendapatkan rasa intipati sebenar pembakaran tembakau itu sendiri. Ini penting kerana sekiranya pipe yang digunakan terlalu lama, kandungan bandalir yang terhasi daripada tembakau itu akan memasamkan pipe.

Hal O' The Wynd memang manakjubkan bagi saya. Kolhase, Kopp.co merupaka blender yang sangat bertanggung jawab terhadap setiap penghasilan tembakau mereka. Di buat di Denmark dan dikeringkan dengan teknologi tradisional air-cured. Hasil pembakaran adalah sangat sempurna dan hebat sekali.

Sekiranya anda bukan penggemar pure virginia tanpa gabungan tembakau lain, kemungkinan besar anda akan berubah fikiran. Bites atau tongue bites merupakan satu aspek sinonim pada virginia, tetapi ia berbeza pada produk ini, kesan bites adalah rendah, dan sekiranya anda munggunakan pipe jenis Peterson P-lips, ketidakselesaan akan lebih berkurangan.

Rasa dan sensasi produk ini adalah tidak terlalu kuat atau terlalu mild, ianya sangat seimbang dan sesuai juga untuk pendatang baru English Blend.

Rattray's Hal O' The Wynd boleh didapati di Kamelah Tobacco House dengan harga Rm60. Selamat mencuba.

Friday, January 22, 2010

Ulasan Tembakau: Silem's Black


Tin yang sangat menarik, membuatkan saya tertarik untuk mengenali tembakau daripada Silem's ini.

Saya sememangnya seorang penggemar tembakau jenis English Blend, ini kerana rasanya yang pekat serta tanpa aroma, membuatkan para gadis-gadis menjauhi saya.. (ini satu kelebihan) Tambahan pula, blend jenis English Blend sangat menepati cita rasa saya kerana ia lebih keras dan gabungannya dengan espresso mahupun scotch merupakan satu simfoni seimbang.

Menurut master blender daripada Silem's, mereka telah merevolusikan seni blending tradisional English Blend untuk menghasilkan produk ini. Bahan-bahan utama penghasilan tembakau ini ialah Latakia yang terbaik serta tembakau jenis ini sememangnya sangat spicy digabungkan dengan Black Cavendish yang sangat beraroma serta sedikit Burley dan Virgina bagi penambah rasa.

Pertama kali mencuba Silem's Black ini, pengeringan tembakau dilakukan untuk tempoh masa dalam lingkungan 10 hingga 15 minit pada suhu bilik. Hasil false light tidak terlalu ketara kerana saya dapat merasakan unsur-unsur Latakia yang terhasil, selepas 2 minit, saya mula membuat true light dan membuat 3 hingga 4 kali hembusan untuk menangkap rasa pati tembakau ini dan hasilnya sangat menakjubkan

Didalam tempoh masa 1 jam, saya menikmati tembakau Silem's Black ini dengan menggunakan Savinelli Panama disertakan sekali dengan se-shot double espresso, jawapan untuk tembakau ini sangat pelbagai dan hampir susah untuk saya menginterpretasikan hasil asap pembakaran tembakau ini. Latakia yang sangat seimbang dengan Black Cavendish, terasa seperti aroma madu.. atau lebih tepat sekali Manuka Honey dan juga rasa sedikit fruity walaupun tembakau ini merupakan English Blend.

Apa yang mampu untuk saya perkatakan. Tidak ada kata-kata lain yang dapat untuk saya mengelaborasikan kepuasan dan kehebatan Silem's Black.. Bagi penghisap pipe.. MESTI CUBA!!!!

Tuesday, January 19, 2010

Ulasan Tembakau: Reiner Yellow Star Blend


Sahabat saya Dr. Anurag merupakan pengemar pipe seperti saya juga. Baru-baru ini beliau ditugaskan ke Poland bagi membuat kajian geologi di sana.. Selama di Poland, beliau telah terserempak dengan sebuah butik pipe dan cigar. Menurut beliau, kebanyakan koleksi tembakau yang dijual di butik itu tidak terdapat di butik-butik tembakau tempatan. (Saya kurang pasti kerana saya belum lagi menjelajah seluruh Malaysia)
Sepulang ke Malaysia, beliau memberikan saya se-tin 50g tembakau berjenama Reiner untuk dicuba. Setakat ini saya cuma pernah mencuba tembakau Reiner Blue dan Red sahaja.. itu pun dibeli daripada Kemelah Tobacco House.
Saya tidak mencuba tembakau ini dengan serta merta kerana sejurus pulang kerumah, saya mempunyai terlalu banyak kajian dan tugasan sehingga saya terlupa akan tembakau tersebut. Namun selepas beberapa minggu sewaktu saya memeriksa inventori tembakau saya, saya baru tersedar akan tembakau tersebut.
Aroma manis yang meruap sejurus selepas membuka tin tersebut sangat menyelerakan.. tambahan pula aromanya memiliki komposisi aroma vanila dan rum. Sangat menyenangkan!!! Tembakau ini seperti kabanyakan tembakau-tembakau daripada master blender terbaik mengandungi beberapa jenis tembakau bagi memberikan variasi. Gabungan ripe cavendish dan black cavendish bersama dengan virginia merupakan gabungan yang terlalu seimbang! Menggunakan kaedah air-cured bagi proses fermentasi tembakau tersebut, tembakau ini tidak terlalu lembab dan kadar kekeringan adalah di tahap wajar.
Walaupun tembakau jenis Reiner Yellow Star brand tidak terlalu lembab dan sesuai untuk di-pack terus daripda tin, saya lebih gemar untuk mengeringkan tembakau ini dahulu untuk selama 15 minit sebelum pack kedalam bowl. Dengan sekali pembakaran, hasil pembakaran adalah rata bagi 'false light' dan selepas pembakaran 'real light', penghasilan asap yang pekat serta 'mild' adalah sangat menyenangkan. Kodisi 'room note' adalah sangat menyenangkan disebabkan aroma vanila dan rum yang mewujudkan satu kolaberasi yang sangat sepadan.
Kesimpulannya.. 5 bintang diberikan kepada tembakau junis Reiner Yellow Blend.. Saya harap ada tobacconist di Malaysia yang akan menjual tembakau jenis ini kerana ia mrupakan tembakau yang baik dan bermutu.

Sajak daripada Rudyard Kippling

Rudyard Kippling telah mengolah sabuah sajak yang menceritakan tentang keistemewaan Cigar... Di sini saya mendapati pengunaan bait-bait rangkap Rudyard Kippling sangat menarik dengan mengunakan metafora yang tidak terlalu abstrak serta logik untuk difahami dan di-interpretasikan buat semua golongan pembaca..
Selamat manikmati pipe atau cigar anda!!


Rudyard Kipling 1865-1936
"You must choose between me and your cigar."
-- BREACH OF PROMISE CASE, CIRCA 1885.

THE BETROTHED
Open the old cigar-box, get me a Cuba stout,
For things are running crossways, and Maggie and I are out.

We quarrelled about Havanas -- we fought o'er a good cheroot,
And I knew she is exacting, and she says I am a brute.

Open the old cigar-box -- let me consider a space;
In the soft blue veil of the vapour musing on Maggie's face.

Maggie is pretty to look at -- Maggie's a loving lass,
But the prettiest cheeks must wrinkle, the truest of loves must pass.

There's peace in a Larranaga, there's calm in a Henry Clay;
But the best cigar in an hour is finished and thrown away --

Thrown away for another as perfect and ripe and brown --
But I could not throw away Maggie for fear o' the talk o' the town!

Maggie, my wife at fifty -- grey and dour and old --
With never another Maggie to purchase for love or gold!

And the light of Days that have Been the dark of the Days that Are,
And Love's torch stinking and stale, like the butt of a dead cigar --

The butt of a dead cigar you are bound to keep in your pocket --
With never a new one to light tho' it's charred and black to the socket!

Open the old cigar-box -- let me consider a while.
Here is a mild Manila -- there is a wifely smile.

Which is the better portion -- bondage bought with a ring,
Or a harem of dusky beauties, fifty tied in a string?

Counsellors cunning and silent -- comforters true and tried,
And never a one of the fifty to sneer at a rival bride?

Thought in the early morning, solace in time of woes,
Peace in the hush of the twilight, balm ere my eyelids close,

This will the fifty give me, asking nought in return,
With only a Suttee's passion -- to do their duty and burn.

This will the fifty give me. When they are spent and dead,
Five times other fifties shall be my servants instead.

The furrows of far-off Java, the isles of the Spanish Main,
When they hear my harem is empty will send me my brides again.

I will take no heed to their raiment, nor food for their mouths withal,
So long as the gulls are nesting, so long as the showers fall.

I will scent 'em with best vanilla, with tea will I temper their hides,
And the Moor and the Mormon shall envy who read of the tale of my brides.

For Maggie has written a letter to give me my choice between
The wee little whimpering Love and the great god Nick o' Teen.

And I have been servant of Love for barely a twelvemonth clear,
But I have been Priest of Cabanas a matter of seven year;

And the gloom of my bachelor days is flecked with the cheery light
Of stumps that I burned to Friendship and Pleasure and Work and Fight.

And I turn my eyes to the future that Maggie and I must prove,
But the only light on the marshes is the Will-o'-the-Wisp of Love.

Will it see me safe through my journey or leave me bogged in the mire?
Since a puff of tobacco can cloud it, shall I follow the fitful fire?

Open the old cigar-box -- let me consider anew --
Old friends, and who is Maggie that I should abandon you?

A million surplus Maggies are willing to bear the yoke;
And a woman is only a woman, but a good Cigar is a Smoke.

Light me another Cuba -- I hold to my first-sworn vows.
If Maggie will have no rival, I'll have no Maggie for Spouse!

Saturday, January 16, 2010

Ulasan Tembakau: Carolina Rose


Selama beberapa bulan yang lepas, saya telah mencuba pelbagai jenis tembakau, daripada jenis aromatik dan bukan aromatik. Tetapi bagi ulasan untuk artikel ini, saya ingin memberikan penekanan yang lebih khusus terhadap jenama Carolina Rose.
Tembakau ini diperbuat oleh Kohlhase, Kopp und Co. KG dan berasal daripada Denmark, berjenis 'broken flakes', gabungan beberapa jenis tembakau terbaik daripada virginia, orient, black cavendish and burley.
Pengalaman saya pada kali pertama membuat pembakaran, saya merasakan hasil pembakaran adalah monotone atau tidak ada 'irama' langsung. Perasaan saya seperti rata dan tidak ada rasa sensasi, saya lalu membuat aduan kepada sales girl yang bekerja di Kamelah Tobacco House Aeon Tebrau kerana beliau yang merekomen kepada saya bahawa Carolina Rose merupakan produk yang digemari ramai oleh para pengemar pipe di Johor Bahru dan Singapura.
Selepas pulang ke rumah, saya mencuba sekali lagi tembakau ini tetapi dengan membuat pengeringan yang rata, selepas 15 minit, saya pack kembali tembakau ini kedalam bowl Dunhill Dress dan hasilnya sungguh hebat. Carolina Rose mempunyai irama yang sepadu serta aroma room note adalah sangat menyenangkan, gabungan beberapa jenis tembakau di dalam produk ini sangat sepadan and serata.
Esoknya saya pergi semula ke Kamelah Tobacco House dan menerangkan kepada sales girl itu akan pengalaman saya, serta memohom maaf..kekekekekeke
Konklusinya.. Carolina Rose adalah produk yang bagus dan saya memberikan 4 bintang terhadap tembakau ini. Tembakau ini buleh didapati di kedai-kedai Tembakau di semenanjung Malaysia terutama sekali di Kamelah Tobacco House dengan harga Rm55 untuk 100g. Selamat mencuba

Hello and Happy 2010

Yes........ Saya mengerti ia mungkin sudah terlalu lambat sekali bagi saya untuk mengucapkan selamata tahun baru kepada para pembaca.. Saya memoho maaf kerana tidak dapat membuat sebarang ulasan kepada blog ini diatas sebab-sebab terlalu sibuk. Maka dengan bermulanya tahun baru ini, saya harap agar saya dapat meneruskan memberi ulasan dengan lebih aktif lagi..

Selama beberapa bulan tidak memberi ulasan, saya telah menceburi satu lagi hobi yang melibatkan tembakau iaitu Cigar. Setelah membuat beberapa kajian serta bertanyakann kepada pengemar cigar sendiri, saya mendapati cigar merupakan suatu hobi yang terlalu unik serta memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk menikmati hasil produk tembakau itu sendiri. Kawasan tempat lepak saya sekarang ialah Kamelah Tobacco House di Sunway Pyramid, Selangor, Kamelah Tobacco House di Aeon Tebrau City, Johor Bahru dan Cigar Lounge di Menara Hup Seng, Kuala Lumpur.

Saya berfikir, adakah wajar untuk saya menyertakan sekali isu-isu serta artikel mengenai Cigar di halaman blog ini? atau saya perlu membuat satu lagi blog? Saya masih lagi berfikir. walaubagaimana sekalipun, Pipe dan Cigar merupakan satu kolaberasi yang seimbang dimana disini, para perghisap pipe dan cigar lebih menitik beratkan aspek kualiti berbanding perokok. Bak kata pengasas Davidoff, "smoke less but meaningful" Zino Davidoff, merupakan satu ungkapan yang memberi banyak pengertian serta interpritasi.